Showing posts with label yoccola islands osaka. Show all posts
Showing posts with label yoccola islands osaka. Show all posts

Saturday, February 13, 2016

Japan Yokoso 2015 : Accommodation in Japan (Osaka)



Konbanwa~~

Entry lepas berkongsi tempat tinggal di Tokyo, so entry kali ni nak share hostel di Osaka pula.
Boleh la buat perbandingan antara Tokyo dengan Osaka. Tapi yang pasti, harga lagi murah sedikit sebab di Osaka kami pilih private room with sharing bathroom.

Osaka


Yoccola Islands Guesthouse
Sangat cool! Communication dengan owner die pun best (cepat reply message), walaupun x bersua muka.hahaha.
Guesthouse ni terletak berhampiran Station Shin Imamiya , JR Loop Line ( line yang bole ke Osaka Castle, directly). Jarak antara station dengan guesthouse dalam 5-10 minit, bergantung pada kecepatan kaki.


Rumah ni ade dalam 6-7 bilik sahaje, so tak ramai sangat. Private room with kitchen and toilet. Bathroom sharing, so kene amik number kalau nak mandi ( hahaha, gurau je). Ade common space dan dapur gak, so bole lepak makan kt luar kalau taknak sepahkan bilik dengan makanan. Oh ye, breakfast percuma ( ade telur, jem, roti, cereal, susu dan jus oren.


Lokasi strategic sebab sepanjang jalan ade kombini ( family mart & Lawson). Boleh la singgah kalau nak beli ape2. Sederet dengan rumah ni, ade public  washing machine, so nak basuh baju takde masalah. Oh ye, rumah ni ade sediakan washing machine gak, tp xde dryer dan tempat sidai baju blah atas.


Booking melalui : https://www.airbnb.com/rooms/532343


Price memang mantap, bole tahan murah. Masa kami booked, kene bayar dalam EUR ( airbnb memang charge dlm EUR) , convert ringgit Malaysia, seorang RM70 satu malam ( 5 malam dalam RM352 ). So kalau krg booked kene currency tengah murah, memang jimat!


Rate from me : 4.5/5




common space, comel je space


western style


Japanese style, tatami + futon

sinki dan tempat masak
ade pintu nak ke tatami room
Taiyo Hotel
Hotel ni tidak memberangsangkan bagi kami. Name je hotel, tapi bknla standard hotel ye.hahaha. Ape yang x best, toilet dan bilik. Bilik kecik normal kalau kat Jepun ni, tp futon die x berape tebal dan bantal kecik gile. Heater pun xde, so memang kejung la musim sejuk.


Yang best cikit, bathroom je dan lokasi. Terletak kt Shin Imamiya Station gak, berdekatan dengan guesthouse Yoccola, cume kami duduk sini semalam. Itu pun sebab yoccola dan hotel lain fully booked.


Harga semalam per person dalam RM75. Bilik kt sini hanya ade untuk 2 orang dan bilik untuk seorang . Toilet, bathroom, dapur semua sharing.


Booking melalui booking.com : search Business Hotel Taiyo


Rate from me : 2/5

Pintu depan

bangunan die, agak lame

Private Room for 2 person ( tatami ) , hujung tepi tu ade tv
Ruang letak bag dan peti ais mini


So 2 je tempat persinggahan di Osaka kali ni. Tapi nak share gak tempat yang penah ku stay untuk trip dulu.


Hotel Mystay Otemae
Yang ni sangat recommended gak, sebab ala apartment. Stay kat sini masa trip 2012, duduk dalam 8 hari gak. Time tu book melalui agoda.com dan ade diskaun. Rate time tu dalam 3.9 tapi berjaya dapat harga seorang satu malam RM95 ( duduk 8 hari dalam RM760).


Tapi sekarang macam dah naik harga, tapi boleh la cuba kalau tak kisah. Lokasi terletak berhampiran dengan Tanimachi 4-chome Station on the Osaka Municipal Subway Tanimachi Line.


Official website: https://www.mystays.com/en/hotel/Osaka/Hotel-Mystays-Otemae
Agoda : search Hotel Mystay Otemae Osaka


Lokasi best, kawasan penempatan dan kawasan office. So sangat selesa walaupun time malam. Macam biase, kedai2 pun dekat.


Rate from me : 4.5/5






Nota: Gambar di bawah dari 2012, so mungkin ade perubahan, seeloknya tgk kt official website ye ^^


depan hotel


bilik no 2

bilik no 3

tatami room with futon

kitchen area

tempat masak yang sangat selesa

bathroom with bathtub


tempat cuci muke
Hotel Toyo
Berkesempatan duduk masa trip 2010, selama 2 hari. Jangan keliru dengan Taiyo hotel ye. hehe. Tapi hotel backpackers ni lagi selesa. Terletak di Shin Imamiya station gak, konsep sama, dengan Taiyo Hotel iaitu bilik untuk seorang dan 2 orang sahaja, sharing toilet dan bilik mandi dan juga dapur.


Booking direct : http://www.hotel-toyo.jp/


Harga satu malam untuk seorang 2500 yen ( twin room , kalau rate 3.6 so dalam RM90).


Rate from me : 3/5





Ok, ni je yang boleh share, so ade la cikit idea nak duduk guesthouse ke hotel yg ala hostel ke kan. Kalau tengok lokasi, banyak ku pilih di Shin Imamiya sebabnya area sini murah cikit nak dibandingkan dengan area lain. Tapi area sini dulu banyak homeless la, but pergi aritu, tak Nampak dah homeless ( tp drg ni x kacau orang pun.hehe)


Tips sama sahaja mcm Tokyo:


1) Pastikan carik hotel/hostel berdekatan dengan station keretapi ( kalau bole dengan main line so tak payah nak kena tukar2 train, rekemen booking di area yang JR Osaka Loop Line)
2) Osaka selalu fully booked, maka kalau pergi peak season, booking seawalnya
3) Area Namba/Dotombori pun banyak hostel gak
4) Kalau duduk di Osaka, boleh cover day trip ke Kyoto, Nara & Kobe ( x jauh sangat, perjalanan dalam 30-40 minit sahaja )


Ok, Jya!

Wednesday, December 2, 2015

Japan Yokoso 2015 Day 3 :Part 4 Osaka Ikuzo!

Konnichiwa~~^^

Tokaido Shinkansen
 14/11/2015
To Osaka we go! Dengan adanya JR Pass, maka mari kita naik Shinkansen ( bullet train)! Kenderaan yang bagi aku sangat2 menawan dan cool, orang jepun cakap " kakkoi". lol.

Dari Tokyo Station ke Shin Osaka Station, dengan menggunakan JR Pass kami boleh pilih untuk naik Tokaido Shinkansen, jenis Hikari atau Kodama sahaja. Nozomi? JR Pass tak laku.kkkk Ape beza ketiga2 jenis ni? Tempat duduk dan kelajuan. Hikari amik masa 3 jam untuk sampai ke Shin Osaka.

Ade pilihan, samada main redah terus ke platform, ataupun pergi kaunter untuk reserved seat. Tp memandangkan hari sabtu dan kami dengan beg2 gedabak ni, maka reserved seat adalah seeloknye.

kaunter JR

Shinkansen reserved ticket

boyfriend.kkkk
Jadual waktu train/shinkansen kat Jepun ni sangat tepat, dan korang bole download je kt website ni:
http://www.jreast.co.jp/e/

Dah ade jadual tu, senang nak bajet masa dan x perlu buang mase.haha. Tepat 13:26 , sampailah kami di Shin Osaka Station. Dari sini, kene tukar 2 kali untuk ke Yoccola Islands Osaka ( Shin Imamiya), guesthouse yang akan kami duduk selame 6 hari 5 malam ( booking dari airbnb).

Shin Osaka to Osaka to Shin Imamiya ( lebih kurang sejam gakla masa perjalanan). Sesampai Shin Imamiya, hujan rintik2 pulak.Mujurla area sini geng2 dh familiar sebab dulu penah stay area sini, so xla sesat barat carik rumah. Settle letak barang, solat etc, kami berpecah, sebab masing2 ade agenda sendiri.ngehehe.

depan rumah, best!
western style
tatami style

bole masak


Aku ngan Kak Yat ke mane? Ade detim ngan anak2 serigala kt Kyocera Dome Osaka.hahaha. Memule mcm nk jual ja tiket, tp bile dh sampai sane, ade la org tu x jadi juai.Nak masuk katenye.kkkkk. Nk ke Dome ni, senang gak, hanya naik JR Osaka Loop Line, dari Shin Imamiya ke Taisho Station, pastu jalan kaki dalam 15 minit.

Enjoy? Not bad, walaupon dh lame x layan lagu drg ( masuk pon dh lewat setengah jam- show start kol 3ptg >_<) . Seat pon bole tahan depan, bak kate k.yat ' kalau dh jerawat pon bole nmpk, ko rase?' kkkkk ( ok, ko rase tu aku tambah.lol) So anak serigala, checked!lol


Thanks Miyuki for the tickets!


Habis show ( mcm ko la artisnye kan!haha) , takkan nk balik kan? Dah janji dengan geng2, jumpe dekat Floating Garden, Umeda ( Entrance Fee 800yen). Dari Taisho Station, naik Loop Line menuju ke Osaka Station. Dari sini bole jalan kaki ke Floating Garden. Kalau x sure, bole tanya kat kaunter information. Ade banyak kaunter kt sini.

Entrance ticket
Replica Floating Garden
Dari observation deck, masyaallah!
subarashi
Dekat atas observation deck, memang sejuk bangat. Temperature bwh 10, bole tahan gigil gakla, dengan tak berbumbung.agagaga. Tapi view memang sangat menawan. Tak rugi!

Perut dh lapar, badan dh penat, maka kne beransur pulang ke guesthouse. Tp jenjalan kejap kt Osaka Station yang sangat awesome sebab ade mall. Mcm2 ade, shopping pon menawan ( tp bkn aku la kan, sebab ni bajet trip.kui3).

Ok, belanje gamba pule ^^:

Yodobashi Umeda
Umeda, Osaka
Osaka
Osaka
Osaka
Osaka
Say cheese, Junko terlindung, Kak yat muke x sedia.kkkk

Floating garden- checked!
Jya!