Wednesday, December 13, 2017

#KKBiansPergiKorea - Jeju Island 2017 Day 3 - Part 3

Jom sambung Part 3.

Masih lagi hari yang sama, destinasi seterusnya ialah Woljeongri Beach. Dari Maze park tadi, 10 minit je, tak jauh dah. Sepanjang perjalanan ke sini , banyak betul windmill. Kincir Angin aka windmill memang femes kt Jeju. Lawa betul pemandangan.

Woljeongri Beach ni terkenal dengan laut yang sangat biru dan cantik.Cafe2 pon sangat banyak kat sini. Alhamdulillah, cuaca pon baik, langit cerah, awan biru. Parking kt sini mencabar sikit sebab kawasan tepi pantai dan terhad. So kene pepandai carik port.

Website : http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=2048244

Dah pukul 3 petang camtu kan, perut pun mintak di isi. Kami lepak di Lowa Cafe , sambil layan angin petang. Basically kt sini takde ape sangat, just rehatkan minda, tengok laut (dapat pahala tau) dan minum petang.heee.

Meh cuci mate tengok gambar2 kat sini.

subarashii

main air


event..kerusi pemes

amik ni dulu
duduk jap, lawa betul ciptaan Allah

ok minum jap

Hallabong ice tea and green tea cake , laut kt depan
tiru pose cik mai.hahaha

nampak, sume keta warne putih..memang suke kaler ni orang korea

Lepak minum2, depan laut...heaven!
Ha dalam pade tu, ade cerite kt sini. Nampak kan parking kereta atas ni, nak jadi cite, ade la sorang minah ni, nak keluar parking. Aku tak taula die ni cemane, abeh keta orang dilanggarnye weh. Gile ahh, memang kawasan sempit, tapi ko beragak la kan. Lebih 15-20 minit die cube, tapi gagal. Sian weh kereta sebelah die tu, tak masal jadi mangsa. Lps dh berjaya, die blah camtu ja. Fuhhh. Naya seh keta yang kene seret ngan die tu. Kami ni dh memekik dh kt dalam. Cara die tu mcm baru sehari dpt lesen or bawak keta.wakakaka. Ok tu je nk cte.lol

Lepas sejam lepak cafe, kami pon blah jalan2 tepi pantai.

ok mase untuk jalan tepi pantai lak

kelepet lagi tudung, angin kuat. sun burn dah aku haaa.

eh oppa!haha.
awesome!

too beautiful..laut la ngan awan..bukan aku.haha


the famous chair - beratur weh nak bergambar kt sini.




Till we meet again~~~^_^

Sebelum nak ke next destination, aku teruja tengok windmill ni.hahaha. Suh Mai berhenti keta jap, aku nak g jalan dedekat.heee. Mujur la member melayan. Tu yang best kalau drive sendiri.hee

yay!

nak jalan samppai ujung.heee




heeee, yeah!

Tq Mai layan kerenah.hahaha

nak pegi dekat lagi, tapi malas jalan.hahahaha



Kat sini pon ade story gak, kesahnye ade visitor ni bawak kuda and puppy die jalan2. Aku ni dahla takot binatang, boleh pulak puppy die tu berlari ke arah aku n mai. Lintang pukang lari weh.hahahaha. Tak memasal la exercise kt sini.

Ok, next. Sepatutnye dalam plan nak ke Cave Cafe, tapi sebab kekangan masa dan kami pun belum solat lagi kan, kami skip cafe ni. Solat kat mane2 boleh, carik tempat sesuai. Lepas pikir2, kami decide ke Hamdeok Beach.

Memang pada tepi pantai je kt Jeju, name pun pulau.hehehe. So memang korang akan nampak biru jelah.kih. Sampai sini, kami solat dulu kt area parking, then baru proceed ke tepi pantai. Basically nak tengok sunset je. Ade cafe jugak, tapi kami tak masuk..pokai la weh kalau sume nk masok.hahaha.

Website : http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1052165

sampai dah




cafe ni lawa sangat

air surut, boleh jalan ke tengah


wefie~~


tinggalkan kesan cikit.
senja hampir tiba


Hari pun dah nak gelap, cukuplah untuk jelajah jeju untuk hari pertama. Ape yang kami plan sume alhamdulillah checked kecuali cave cafe.

Seongsan Ilchulbong >> Seopjikoji >> Gimnyeong Maza Park >> Woljeongri Beach >> Hamdeok Beach.

Dari hamdeok beach nak ke Aini house, perjalanan dalam 40 minit. Kami decide untuk masak sendiri malam ni. 

menu bujang..teringin megi.kkk

6 pagi keluar, sampai rumah 7 petang..12 jam total jalan2 . Tired but enjoy ^_^

Hari kedua ke mane? To be continue....



 
 

No comments:

Post a Comment