Saturday, January 20, 2018

#KKBiansPergiKorea - Jeju Island 2017 Day 4 - Part 2

 

Happy 2018!

Tahun pun dah baru, blog tak habis update. So marilah kite sambung update lagi sebelum busy.kkk
Masih lagi hari ke 4 #kkbianspergikorea , destinasi seterusnye selepas Jeju Folk Village adalah ke Sangumburi Crater. Dulu masa jejak jeju 2012, sampai pintu masuk je sebab ramai sangat orang dan hari hujan.

Untuk lebih lanjut, boleh refer link di bawah:

Ada ape dekat sini? Ok, di Jeju salah satu pemandangan yang selalu akan nampak adalah oksae, iaitu silver grass. Dekat sini boleh dapat view silver grass yang sangat luas. Not bad la , tapi bagi kami takdelah macam wow sangat.Tapi lain orang lain citarasa kan.hee

Orang memang ramai dan nak masuk ke sini ada entrance fee. Kami habiskan masa dalam sejam di sini. Nak tau view cemane, ok jom tengok gambar.


Peta, boleh tengok besar mane dan plan nak jalan dari mane

Tiket masuk

Cuaca dingin~~sejuk je. Kami mula di sini,

Jalan yang lurus dan membukit.
Wefie satu kali

Langit biru ^_^
Oksae beralun ikut angin lalu
Pemandangan dari tengah


Camera angle ni kejap langit mendung, kejap langit biru



gigih sis posing tengah2 lalang ni ha.
ha tengok belakang tu, sume nak gambar celah lalang.kih3

kene beratur nak bergambar kt kerusi ni


walau sejuk , ice cream kene makan gak.kih3

penuh kereta warna putih lagi.heee
Next ke mane? Kami menuju ke jalan yang dinamakan Mysterious Road. Kenape misteri? Sebab jalan kat situ berbukit, tapi apa2 objek atau kenderaan takkan menuju ke belakang. Means biasanye kalau jalan berbukit, bile kite mati enjin or gear N, dan tak tarik handbrake, kereta akan ke belakang kan? Tapi tidak di sini. Kami pon nak mencuba gak.Kih.

Lokasi : 2894-63 1100(Cheonbaek)-ro, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
  

Ni je gambar yang sempat snap sebab kalut dan bising masing2.hahaha
Tapi memang betul, kereta tak backward lalu jalan ni..boleh la gak try dengan botol air. Tapi kami malas keluar kereta. Oh ye, kat sini macam jalan kampung, kalau nak try silalah bukak hazard lamp, kalau tak kang ade yang kene hon sebab lembap. Anyway, checked lagi satu tempat kt Jeju ni.hahahaha.

Berdekatan dengan mysterious road ni, ada satu muzium, tapi ku memang lupe ape name muzium ni. Kami tak masuk, cuma stop di parking untuk ke toilet dan solat. Ape yang nak ku highlight sini adalah toilet kt sini ade bidet.haha. Oh ye, solat tu macam biasalah, carik port yang sesuai dan bersih. 



Settle, kami decide untuk menuju ke Aewol, another side of Jeju dan another side yang akan di explore untuk hari seterusnye. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih.


Sebelum check in di rumah seterusnya, kami singgah satu restaurant untuk makan tengahari. Memang dah google siap2, kami singgah di vegetarian restaurant yang terletak di Aewol iaitu Mulmaegol. Tak susah nak jumpe, cume pastikan jangan terlepas simpang. Kami sampai pun dah lepas waktu lunch, so kedai tu tak ramai sangat orang.

Tak nampak macam typical restaurant, sebab macam rumah orang. Suasana memang cool gile.Untuk alamat, boleh refer sini : https://www.trazy.com/spot/2949/mulmegol-%EB%AC%BC%EB%A9%94%EA%B3%A8-restaurant-cafe

Cite banyak tak guna, jom tengok ape kami order.hehehe.

Pintu masuk ke restaurant

ha macam rumah orang kan


bermacam jenis banchan ( side dishes)

pajeon dan salad

vegetarian bibimpap, fuh 1st time but taste good!

meja dah penuh, jom bismillah!
Lunch yang berharga lebih kurang 12,500 won per person




Owner restaurant ni memang tak boleh cakap english, tapi kami survived.hahaha. Kadang2 gune bahasa isyarat pon jalan beb. Ape ade hal kan. Yang pasti owner baik, environment cool dan makanan sedap. Halal? Semestinye yakin ^^.

Ok,destinasi seterusnya lepas perut kenyang adalah menuju ke cafe GD. Kami tukar plan untuk ke cafe ni terus sebab jam pun dah nak petang, dan nak catch up sunset kt area situ.
Monsant Cafe, cafe yang masa kami pergi masih lagi under GD Big Bang, tapi tidak lagi sekarang.

View kat sini memang superb, tepi pantai dan sunset view yang sangat cantik kalau di Jeju Island ni. Tapi harus diingatkan, jalan nak sampai ke cafe ni sempit cikit dan parking pon limited. Kena pepandai la ye.

Dah name pon cafe idol kan, nak2 big bang pulak..memang ramai la manusia.hahaha. Tapi ade je port dlm cafe. Ice chocolate die memang terbaik derr. Ok jom tengok gambar!

chandelier yang controversy aritu..agagaga



beautiful~~

Monsant cafe Aewol
sunset di Aewol

Bonmal cafe dalam drama warm and cozy, belakang Monsant Cafe
cant get enough of this view
payah sis nk dapat view camni, orang lalu lalang setiap mase.hahaha

reflection
Monsant Cafe checked!
Ok, till next post~~


1 comment:

  1. Titanium nail art - Tips and tricks on this blog - Tatin'
    This samsung galaxy watch 3 titanium website is intended to be titanium knee replacement helpful, easy apple watch stainless steel vs titanium to navigate, and easy to follow information on TikTok's surgical steel vs titanium top rated online art and technology. sugarboo extra long digital titanium styler

    ReplyDelete