Monday, January 4, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 7 :Part 9 Kyoto suki dayo I ^^


18/11/2015
Hari ke-7, masih lagi di Kansai. Destinasi seterusnya, semestinya Kyoto. Kyoto ni terletak dekat je dengan Osaka, so bole je pegi sane balik hari. Sebab malas nak mengangkot beg2 gedabak, kami tidak memilih untuk bermalam ni Kyoto.

Dari Osaka ke Kyoto, macam2 jenis train bole naik dengan adenye JR pass. Local train, Express train, Limited Train, Shinkansen..ha pilih2 mne nak naik. Kali ni, pilihan kami ialah Limited Express Wide View Hida . Train ni bole naik dari Osaka Station, terus menuju ke Kyoto Station , mengambil masa dalam setengah jam sahaje.

Sebenarnya banyak sangat tempat2 best di Kyoto ni, tapi disebabkan hanya ade sehari je, maka kne shortlist kan tempat yang nak dituju. Destinasi pertama adalah Arashiyama . Sila naik JR Sagano Line kt Kyoto Station, menuju ke Saga Arashiyama Station. Sepanjang perjalanan ke Saga Arashiyama, pemandangan sangat cantik dengan bukit bukau dh mule warne kuning, oren dan merah.

Nk lebih details, bole refer sini ye: http://www.japan-guide.com/e/e3912.html

Peak season di Arashiyama ni memang time November, so memang ramai org walaupon masih pagi. Dari Saga Arashiyama, kami nak naik Romantic train, Sagano Scenic Train. Dulu dh penah naik, tp time tu summer, maka daun2 hijau. Kali ni nak merasa dan menikmati pemandangan musim luruh pula.

Fee? 620 Yen, dari Torokko Saga Station ke Torokko Kameoka Station. Ramai orang, tiket kami xde seat, maka kene berdiri, tp x lame pon, dalam 15-20 minit. Takkan rase penat, sebab pemandangan sangat2 indah. Meh belanje gambar ^^

torokko saga railway
nihon-jin tgh tgu nk melintas jalan
train da sampai dah
mari berdiri belakang driver yo!





Nak dapat gambar cantik dengan bergoyang2, memang susah, video adalah cara yang paling baik.kkkk
 

Rata2 yang naik keretapi romantic ni masa kami pergi, atok2 nenek2 jepun. Comel2 je drg ni, bercuti2 la tu.kui3. Ade yang nk menyembang, tp apekan daya, nihon-go ga wakarimasen.hahahaha.

say cheese ^^


Ok, selamat sampai Torokko Saga Kameoka, bole keluar dari station dan jalan kaki menikmati pemandangan semulajadi sawah padi, menuju je station JR berhampiran. Sejuk memang sejuk, tp rugi lah kalau tak berjalan kan. Sesambil exercise kaki,kui3.

Menuju ke JR station, sebab nak patah balik ke Saga Arashiyama Station ( JR) , untuk menuju ke next destinasi. Sebelom tu, jom tgk ape yang kami nikmati sepanjang berjalan kt Kameoka ni.

sawah padi di kameoka





menuju ke JR station, mendaki cikit ja

nice picture Palin!

Berjalan nk ke station ni, amik mase dlm 20-30 minit, sebab memang kami jalan slow2, tangkap gambar, hirup udara nyaman dan segar. Cuaca memang mendung, sesampai ke station, hujan mula turun. Macam biase, payung dan baju hujan sangat2 diperlukan, kalau tak kunyup la kan.

Sampai balik ke Saga Arashiyama Station ( JR), destinasi seterusnya adalah Togetsukyo Bridge. Memang gamble xde google direction, mujur kt JR station ni memang ade tourist guide menanti. Ape lagi, segan bertanya sesat jalan kan, maka kasi tanye lah.kui3.

ha, agak2 paham peta arashiyama ni?kkk
gambar sekeping.kkkk
Menurut kata tourist guide tu, berjalan dari JR station ni ke Togetsukyo Bridge dan Bamboo Groves ni amik masa sejam je. Tapi dengan keadaan hujan, dan ramai orang ni, rasenye lebih dari sejam gak.kkkk. Ape ade dekat Togetsukyo Bridge ni?  Menurut google :

"The Togetsukyo Bridge (lit. "Moon Crossing Bridge") is Arashiyama's most iconic landmark. It was originally built during the Heian Period (794-1185) and most recently reconstructed in the 1930s. The bridge looks particularly attractive in combination with the forested mountainside in the background. A riverside park with dozens of cherry trees is located just adjacent to the bridge "

Tapi memang lawa, sayang hujan je, kalau x memang 1000 keping gambar amik.hahahaha.

dari jauh dh nampak
walaupon hujan, jalan tetap jalan, gambar tetap gambar
Togetsukyo Bridge yo!Ramai sangat orang walaupon hujan lebat


 Kami tak seberang bridge pun, sebab hujan lebat sangat. Malas nk berbasah2an dengan ramai2 org. Oh ye, gunung belakang tu namenya Arashi ( Mt Arashi).

Mt Arashi, ade jugak org naik sampan hujan2 gini.










Ok, sambung nanti untuk destinasi seterusnya di Kyoto ^^. Jya!

Sunday, January 3, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 6 :Part 8 Harry Potter, yatta!!!~~!

Haary, Emma Ron?kkkk
Akemashite Omedetou!!Happy New Year!!Selamat Tahun Baru 2016!!


17/11/2015
Hari yang ditunggu telah tiba!!Yuhuu~~dengan harapan menggunung tinggi, geng2 #kembarajufa2015 melangkah keluar Yoccola house seawal 6 pagi.ha amekko, awal x awal.
Kemane kitaney? ( pinjam sat na jehan.haha ). Jom weh ke Universal Studio Japan!

Dah keluar pukul 6 pagi kan, kalau x dpt tiket xtau la.kkkk. Sesampai mmg x ramai org, sangat2 berbeza nak dibandingkan dengan hari semalam. Fuh! Pilihan yang tepat untuk skip semalam dan pergi hari ni.

Walaupon sampai awal, kene beratur beli tiket kat kaunter gak, pukul 8 baru kaunter buka. Sementara nak tunggu kaunter buka, sikit sikit orang sampai. Berdebar gak ni, makin lame makin ramai. Bukan ape, tak sanggup weh nk beratur lelame nk masuk kt Wizarding World Harry Potter tu.

USJ details bole refer sini:

https://www.usj.co.jp/e/

Harga tiket 7200yen, kalau nak express line kena topup 4000++ yen, maka beli normal tiket sahaje.
Pukul 9 tepat, pintu bukak, berlari weh. Memang x tercapai dek akal la bagi aku. Pelik2 saje perangai kan.Ingatkan xde dh adegan berlari ni weh.hahahahaha. Aku memule lari gak, tp x lame.penat weh.Last2 mmg aku jalan sorang2 ja menuju ke Harry Potter tu.Takpe, Harry boleh tunggu aku.lol

entrance ticket + studio guide
Ini bukan kali pertama ku ke USJ ni, tp sebab Harry dan kawan2, mane boleh lepaskan peluang kan. Maka aim memang kt Wizarding World Harry Potter ni sahaja. Seres weh, menakjubkan! Memang sangat2 rekemen untuk pergi.

nampak dah.yatta!!
eksited gile time ni..dengan lagu saspen harry potter tu lagik
Kalau orang terlalu ramai, kene amik lagi satu tiket khas nk masok sini ( timed entry ticket). Tp sebab pagi lagi, so terus je beratur untuk ride Harry Potter and the forbidden journey . Ride ni memang kena naik, rugi woo.Sebab ni memang main attraction. Sebelum naik ride ni, bag kena letak dalam locker yang disediakan ( free saje).

Best ke tak ride harry potter and the forbidden journey ni? Senang cakap, terbaik!! Setakat ni, bagi aku la kan, ride ni paling best. Transformers ngan Spiderman pon kalah bagi aku.lol .

Selain dari ride tu, ade lagi satu ride, mini roller coaster la senang cte,  Flight of the Hippogriff. Ni kelakar cikit, sebab x thrill langsung.hahaha. Tp lagi klakar, disebabkan kami pakai tudung, ade klip khas kene pakai attached dengan tudung kite.lol. Lupe plak nk amik gambar klip khas tu .haha. Tu mungkin untuk mengelakkan adegan tudung tercabut.Ade video pendek time ku ngan kak yat naik Hippogriff, bole nampak klip khas tu.kkk See Japan, bende2 kecik ni sume drg pikir dah untuk kite. Tak payah kite susah2 nak pikir, even kalau beli ape2 pon, mesti ade dh tempat yang senang untuk bukak/pakai.


Ok, berbalik pada Harry Potter kt USJ ni, park ni memang membuatkan kami taknak keluar tempat lain dah.haha.At least untuk aku ngan Shida la kan.Sangat2 awesome wey.Lepas tu, bende wajib untuk try semestinya butter beer. Jangan risau, x mabuk punye.hahaha. Sebab ade yang non alcoholic. Rase die ala2 root beer gitu.

More info untuk Harry Potter:

https://www.usj.co.jp/e/attraction/att_detail/the-wizarding-world-of-harry-potter.html

Nak cte banyak pon penat gak, maka belanje gambar la senang.kkk

i dh sampai uolsss.kkkk
Hogwarts!
Hogsmeade yo!
Selain dari rides, ade 5 kedai untuk beli souvenir, buat kenang2an gitu Ku bukan lah peminat tegar sangat, maka bole la tahan untuk tidak membeli macam2.heee. Tp robes dengan wands mmg syiok ahh. Mujurla Yen pon suam2 kuku, maka pandang jela mampu.keh3.


Kalau krg ade duit lebih, bole beli Bertie Bott’s Every-Flavour Beans and Chocolate Frogs. Palin and Shida beli, tp aku mmg x sanggup la nk try flavor beans tu.hahaha. Nak hantar surat/poskad pon ade tempatnye kt sini.Siap ade cop sekolah lagi ^^

Flight of the Hippogriff yo!








Ok, settle Harry Potter, kami menuju je next rides like Spiderman, Back to the Future, Space Fantasy, Terminator etc. Time tu hujan dh start renyai2, so agak mengganggu gakla. Memang kene standby bawak payung or baju hujan. Nak beli bole gak, sediakan duit je.Mcm2 design baju hujan ade jual. Comel2 je coraknye.^^







So? Ape macam? heee, pape pun, USJ is the best. Jurassic Park tengah renovate, ade ride baru untuk 2016. Maka?Jeng jeng jeng.kkkk
OK Bye! Note : Hard Rock Cafe Osaka berhadapan je dgn USJ, bole lah singgah shopping ^^