Monday, January 4, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 7 :Part 9 Kyoto suki dayo I ^^


18/11/2015
Hari ke-7, masih lagi di Kansai. Destinasi seterusnya, semestinya Kyoto. Kyoto ni terletak dekat je dengan Osaka, so bole je pegi sane balik hari. Sebab malas nak mengangkot beg2 gedabak, kami tidak memilih untuk bermalam ni Kyoto.

Dari Osaka ke Kyoto, macam2 jenis train bole naik dengan adenye JR pass. Local train, Express train, Limited Train, Shinkansen..ha pilih2 mne nak naik. Kali ni, pilihan kami ialah Limited Express Wide View Hida . Train ni bole naik dari Osaka Station, terus menuju ke Kyoto Station , mengambil masa dalam setengah jam sahaje.

Sebenarnya banyak sangat tempat2 best di Kyoto ni, tapi disebabkan hanya ade sehari je, maka kne shortlist kan tempat yang nak dituju. Destinasi pertama adalah Arashiyama . Sila naik JR Sagano Line kt Kyoto Station, menuju ke Saga Arashiyama Station. Sepanjang perjalanan ke Saga Arashiyama, pemandangan sangat cantik dengan bukit bukau dh mule warne kuning, oren dan merah.

Nk lebih details, bole refer sini ye: http://www.japan-guide.com/e/e3912.html

Peak season di Arashiyama ni memang time November, so memang ramai org walaupon masih pagi. Dari Saga Arashiyama, kami nak naik Romantic train, Sagano Scenic Train. Dulu dh penah naik, tp time tu summer, maka daun2 hijau. Kali ni nak merasa dan menikmati pemandangan musim luruh pula.

Fee? 620 Yen, dari Torokko Saga Station ke Torokko Kameoka Station. Ramai orang, tiket kami xde seat, maka kene berdiri, tp x lame pon, dalam 15-20 minit. Takkan rase penat, sebab pemandangan sangat2 indah. Meh belanje gambar ^^

torokko saga railway
nihon-jin tgh tgu nk melintas jalan
train da sampai dah
mari berdiri belakang driver yo!





Nak dapat gambar cantik dengan bergoyang2, memang susah, video adalah cara yang paling baik.kkkk
 

Rata2 yang naik keretapi romantic ni masa kami pergi, atok2 nenek2 jepun. Comel2 je drg ni, bercuti2 la tu.kui3. Ade yang nk menyembang, tp apekan daya, nihon-go ga wakarimasen.hahahaha.

say cheese ^^


Ok, selamat sampai Torokko Saga Kameoka, bole keluar dari station dan jalan kaki menikmati pemandangan semulajadi sawah padi, menuju je station JR berhampiran. Sejuk memang sejuk, tp rugi lah kalau tak berjalan kan. Sesambil exercise kaki,kui3.

Menuju ke JR station, sebab nak patah balik ke Saga Arashiyama Station ( JR) , untuk menuju ke next destinasi. Sebelom tu, jom tgk ape yang kami nikmati sepanjang berjalan kt Kameoka ni.

sawah padi di kameoka





menuju ke JR station, mendaki cikit ja

nice picture Palin!

Berjalan nk ke station ni, amik mase dlm 20-30 minit, sebab memang kami jalan slow2, tangkap gambar, hirup udara nyaman dan segar. Cuaca memang mendung, sesampai ke station, hujan mula turun. Macam biase, payung dan baju hujan sangat2 diperlukan, kalau tak kunyup la kan.

Sampai balik ke Saga Arashiyama Station ( JR), destinasi seterusnya adalah Togetsukyo Bridge. Memang gamble xde google direction, mujur kt JR station ni memang ade tourist guide menanti. Ape lagi, segan bertanya sesat jalan kan, maka kasi tanye lah.kui3.

ha, agak2 paham peta arashiyama ni?kkk
gambar sekeping.kkkk
Menurut kata tourist guide tu, berjalan dari JR station ni ke Togetsukyo Bridge dan Bamboo Groves ni amik masa sejam je. Tapi dengan keadaan hujan, dan ramai orang ni, rasenye lebih dari sejam gak.kkkk. Ape ade dekat Togetsukyo Bridge ni?  Menurut google :

"The Togetsukyo Bridge (lit. "Moon Crossing Bridge") is Arashiyama's most iconic landmark. It was originally built during the Heian Period (794-1185) and most recently reconstructed in the 1930s. The bridge looks particularly attractive in combination with the forested mountainside in the background. A riverside park with dozens of cherry trees is located just adjacent to the bridge "

Tapi memang lawa, sayang hujan je, kalau x memang 1000 keping gambar amik.hahahaha.

dari jauh dh nampak
walaupon hujan, jalan tetap jalan, gambar tetap gambar
Togetsukyo Bridge yo!Ramai sangat orang walaupon hujan lebat


 Kami tak seberang bridge pun, sebab hujan lebat sangat. Malas nk berbasah2an dengan ramai2 org. Oh ye, gunung belakang tu namenya Arashi ( Mt Arashi).

Mt Arashi, ade jugak org naik sampan hujan2 gini.










Ok, sambung nanti untuk destinasi seterusnya di Kyoto ^^. Jya!

No comments:

Post a Comment