Moshi Moshi
Masih hari ke 8, selepas menjamu selera di Tenma Restaurant , kami menaiki bas menuju ke
Shirakawa go. Nak ke Shirakawa go dari Takayama Station ni, kena naik bas, bole book awal or beli direct sahaje dekat kaunter. Jadual pun bole check awal, untuk planning.
Bole refer sini :
http://www.japan-guide.com/bus/shirakawago.html
Tambang pergi balik dari Takayama ke Shirakawa go ke Takayama adalah 4420yen. Perjalanan dari Takayama ke Shirakawa go ni mengambil masa dalam sejam.
Ape yang best kat Shirakawa go ni?
"The Shirakawa-go (白川郷, Shirakawagō) and neighboring Gokayama (五箇山) regions line the Shogawa River Valley in the remote mountains that span from Gifu to Toyama Prefectures. Declared a UNESCO world heritage site in 1995, they are famous for their traditional gassho-zukuri farmhouses, some of which are more than 250 years old."
Rumah traditional sini yang menarik perhatian, bumbung segitiga. Buah 'kaki' ataupon kite panggil pisang kaki pun femes kt sini. Kampung ni x berape nak besar, rasenya kalau pusing 1-2 jam dah bole abis.ngehehe. As kampung ni tempat pelancongan yang terkenal gak kat sini, kedai2 cenderamata pon banyak.
Ok, picture time yo!
|
ikuzo! |
|
mari teroka shirakawa go! |
|
sejuk ni, ku tahan jebat! |
|
Kene lalu jambatan nk ke kampung |
|
Tenang! Mane ntah pegi orang2 kampung ni.kkkk |
|
Kaki! Sedap dan besar oiii.
|
|
Selfie la cikit.ngehehe |
|
eh eh, style ni pon wajib.haha |
Asal jalan je, mesti akan jumpe orang Malaysia. Bagus la kan, yang ramah ditegur, yang x ramah apo nk buek.hahaha. Sesambil tu leh tukar2 info.
|
ha nampak muke baru?kkkk. |
|
Kedai belakang tu ade juai stem, so bole beli poskad and post. |
|
Jernih airnye |
|
Ni longkang ye, giler ah bersih, Siap ade ikan. |
|
Ha, posing ni orang Singapore bg idea.hahaha. Terjumpe gak time kt sini.lol |
Kat sini jugak krg bole naik bukit sikit, untuk tengok perkampungan ni dari atas. Alin & Mid naik, aku dan lain2 malas.hahahaha.
|
ohsem! next time la aku naik sini.hahahaha. |
|
candid by Mid. Ape bende la ni.hahahaha |
Kami sampai sini td dalam pukul 3, so nak balik ke Takayama amik bas terakhir yang pukul 5 lebih. Rase mcm kejap je explore kampung ni. Best, tenang dan aman.Miahaha. Cume sejuk tak tahan. Kalau winter, memang lagi kejung aku rase. Btw, bole jugak kalau nk stay kt sini. Ade homestay ^^
|
Ha, tu dia orang2 yang penat.haha |
|
Gelap dah..padahal bru pukul 5. |
|
ok, bas sudah tiba. jya ne! |
Maka selesailah lawatan kami ke Shirakawa go. Best dan syiokkk. Ade rezeki, mungkin winter ketemu kite?hik3
Iklan
Hari pertama kat Takayama ni memang mencabar, memule tertinggal bas nak ke Shirakawa go gara2 tersalah tgk jadual ( booked under ISite) Mujurlah Shimizu call orang bas tu, maka xkne bayar denda. Dan mujur la ade bas lain ( Nohi Bas) nk ke Shirakawa ni.
Tips : Sila periksa jadual bas ke keretapi ke bebetul. Jepun ni pantas, lambat sesaat ko bye bye jela.haha
Lepas tu, tengah tunggu bas nak balik Takayama, aku carik2 tiket, tak jumpe. Menggelabah tahap cipanzi.hahaha. Mujurla jumpe gak, kalau tak, memang gelandangan la aku sebab xde bas dh lepas tu,dan dah xde jual tiket kt situ.
Moral : Sila jaga tiket bas anda bebaik, jangan gelabah.hahahahaha
Jya~~
No comments:
Post a Comment