Friday, December 2, 2016

2016 JufaYattBalikKorea - Day 1



Assalamualaikum~~akhirnya 'Listen to my story" blog ada cerita yang boleh dikongsi.Ahaks.

#JufaYattBalikKorea , memang yolo. Last minutes plan, settle semuanya 22/11/2016 terbanglah kami ke Korea nun terchenta.hahahaha.

23/11/2016 - Day 1

Pukul 8 pagi , alhamdulillah sampai dah kaki kt Incheon Airport. Suhu tak payah cite, memang sejuk ketar kepala lutut. Lepak jap settle ape patot, kami menuju ke kaunter Airport Limousine Bus.
Tambang 10,000won, tak payah pikir nak hangkot beg gedabak naik subway, ini antara sebab kami memilih bas ke guesthouse. Senang , mudah dan cepat.




80 minit dari Incheon Airport ke Changdeok Bus Stop ( area Changdeokgung Palace). Guesthouse dituju adalah BeeWon Guesthouse, dari bus stop hanya jalan kaki lebih kurang 5 minit. Tak susah nak jumpe, ikot je map yang guesthouse provided dalam website dorang.


Check in pukul 2 petang, maka kami hanya letak beg dan mulakan langkah Seoul untuk hari pertama.
Tempat pertama dituju adalah K-Style Hub, motip untuk dapatkan T-money + 10,000won. hahaha. Trip kali ni memang banyak kami kutip diskaun. Bende ade depan mate kan, kasi grab jela labu.




Sebelum dapat T-money, kena jawab survey dulu, kejap je, soalan cikit ja. Sejuk2 ni, dalam K-Style hub ade cafe, maka lepak jap rehat pekena air panas sesambil check destinasi seterusnya.

Sebenarnya macam2 ade kat sini, pamplet sume ade. Yang penting, musolla pun ade. Toilet pon ade bidet.Haha, iye itu adalah bende paling penting bagi aku.

T-money, dalam dah ade 10,000 won
Insadong, tempat kedua kami tuju. Dulu g Korea tak penah sampai area sini, dan ada 1 restaurant vegetarian, maka tepat sangat untuk masok dalam list.hakhak. Jalan-jalan pusing pusing, mata melilau carik restaurant. Boleh tahan jauh gakla menapak, well Korea katenye. 

Dalam pada mate melilau, tetibe ade oppa datang tegur. Rupenye2 die tengah promo Halal Restaurant Week. Kami memang tau dan ade dh buku voucher tu, terus die cakap, ok lepas makan jumpe die balik. haha.

Oh Se Gae Hyang Vegan Restaurant, memang terbaik. Dengan adanya buku voucher tu, boleh dapat 10% off untuk jajangmyeon ( mee hitam soya korea).dan stu pedas ( chigae). Tak tunggu lame dah, terus order dan makan. Nikmat jangan cite.hahahaha.

Address: 14-5 Insadong 12-gil - Jongno-gu Seoul Korea

Kene masok lorong 12-gil, mesti akan jumpe restaurant ni, blah ujung. Untuk 2 orang makan, cost lunch kami 22,000 won ( dapat percuma susu kotak + sos tteokbokki + sos bulgogi korea ) sebab guna halal voucher book ^_^



Dah kenyang, maka kami nak menuju ke guesthouse ( check in sume). Oh sebelum tu, sempatla cari oppa tadi. Tunjuk video dan gambar instagram ( promote halal restaurant week), maka dapatlah Discover Seoul Pass ( ni nanti ku cite lain next entry).

Nak ke subway, nampak Tapgol Park, maka singgah kejap. Ade la saki baki autumn leaves, sepokok dua. Lain sume dah botak. 

Jam dah 3.30 patang, baru lega dapat check in dan lepaskan lelah. Lega rasa weh, dahla semalaman tak tidur ( dalam flight memang tak tidur la aku, sejenis yang tak boleh lena kalau takde katil.haha).

Kat sini pukul 5 dah maghrib, kol 6 petang tu dah gelap macam pukul 8 malam haa. Next activity, dah plan untuk Seoul City Tour Bus - Night Tour, Pukul 6 petang kami gerak dari guesthouse.

Tiket untuk bus city tour ni kena beli dekat area Ganghwamun. Dalam Discover Korea Book ( ni dapat dari KTO Malaysia), ade diskaun gak .hahahaha.

Ticket Counter for Seoul City Tour Bus : Ganghwamun Station (Line 5) Exit 6. In front of Donghwa Duty Free Shop.

Fee: 12,000won ( since kami dapat diskaun 20% maka jadi 9,600won)

Masa membeli tiket, kami request utk duduk luar. Muke ahjumma dah pelik, die kate sejuk. Arini cuaca sangat2 sejuk, takkan nak duduk luar? Kami angguk je, cakap ok. Die macam x konpiden, tp layankan aje. Berkali2 die tanye, ok ke? Kami tetap angguk ( dengan penuh yakin).

Tepat 7.30 malam, bas pon jalan. Damn! Sejuk gile namateyyyyy. Seat dalam memang dah full, maka mendapatlah kau kejung sejam setengah kat luar tu weh.hahahahaha. Ye, gelakkan diri sendiri.

Dalam pada sejuk, wajib gakla menikmati pemandangan Seoul waktu malam kan ( jem gak Korea ni, lagi2 area Hangang River). Course untuk Seoul City Bus Tour ni mengambil masa 1 jam setengah.
Naik dari depan tiket kaunter , dan die turunkan dekat area stream. 

Recommended, tapi sila jangan buat tebiat duduk luar jika musim sejuk.hahahaha

Selesai #JufaYattBalikKorea hari pertama di Seoul.

Jom belanja gambar!

1st subway ride yo!

Saki baki autumn leaves

Checked!

Song Joongki welcome us, K-Style Hub

Lorong nak masok ke Oh Se Gae Hyang Restaurant

Yatta!

Insadong

Jumpe Munie pula kt sini.kkkk

Lunch! 

Thanks Oppa & Unnie for Seoul Pass!

Ssamziegil Road , Insadong

Insadong

Tapgol Park
 

Pokok yang masih kekal autumn di Tapgol Park.hahaha
Tapgol Park



Tapgol Park
BeeWon Guesthouse


Ondol Room ( Traditional)


Pekena kopi sebelum Night Tour

Penuh konpiden duduk luar bas



Nandaemun Gate
Hangang River


We survived!hahahahah

King Sejong + Ganghwamun gate


No comments:

Post a Comment