Saturday, December 3, 2016

2016 JufaYattBalikKorea - Day 2


Annyeonghaseyo~~^_^

24/11/2016 Day 2 #JufaYattBalikKorea

Sepatutnye plan hari kedua, kena bergerak seawal 7.00 pagi sebab destinasi ke Gapyeong. Tetapi apakan daya, terlajak tidur.hahahaha.

Maka harapan la nak ke Gapyeong sane kalau dah lambat. Free and easy, kite tukar plan lain.

Destinasi pertama menuju ke Bongeunsa Station . Ada je benda sengal masuk list kalau dh berfangirling. Sampai Bongeunsa, sesat.hahahahaha. Lepas minum kopi, kami give up nak teruskan maka pergi ke destinasi seterusnya.

KBS On! Subway Line 9 National Essembly Station Exit 4. 

Kalau peminat drama Korea, KBS ni bukan benda asing. Dulu penah ke sini dah ( untuk music bank & sukira radio). Tapi plan kali ni, nak masok exhibition hall pula. Sesampai KBS, jenguk la area live radio, ade slot Moon Hee Jun. Fan pon xde la ramai mane, boleh la tengok sat dengan aman.lol

Oh ye, ada banner gedabak Moonlight Drawn By Clouds bersama Lee Yeong & Raon. Maklumlah, drama ni meletop2 kt sane. Baru habis tayang.Ngehehehe. Pucuk dicita ulam mendatang la kan.lol



KBS Exhibition Hall ni sebelah dengan live radio tu je, FOC.

Hours of Operation
9:30 a.m. - 5:30 p.m. (last admission 5 p.m.)
• Holidays
Closed on the first Monday of every month and on national holidays
Boleh refer sini: http://english.visitseoul.net/attractions/KBS-ON-Exhibition-Hall-_/5246 

Lepas tu kami bergerak menuju ke Itaewon. Motip utama semestinya untuk makan, tetapi sebelum tu singgah Seoul Central Mosque dulu untuk solat sume. Area Itaewon ni, memang berbukit la. Tabahlah wahai kaki, nafas pon boleh tahan semput.kkkkk

Oh ye, untuk ke sini Subway Line 6 Itaewon Station Exit 3.

Refer : http://english.visitseoul.net/attractions/Seoul-Central-Mosque_/4864?curPage=1

Masa kt masjid ni, dah nak senja, usha jap area sini. Lawa sungguhla pemandangan dari masjid ni. Atas bukit, memang lawa je tengok. Subhanallah.

Dah settle, perut lapar, kami menuju ke Eid Restaurant . Dari masjid ni, tak jauh, jalan dalam 5 minit je. Kalau tak tau, bolehlah tanye orang. Kami pun tanya kat ade sorang korean guy ni, kebetulan die tengah promo Halal Week Restaurant gak kt depan masjid.

Eid Restaurant ni agak popular dengan Malaysian, sebab branch die pon ade kt Malaysia. Tuna chigae + bulgogi, cost lunch + dinner untuk 2 orang 18,000won. Burpp, kenyang alhamdulillah.

Dah makan, ape lagi sesejuk ni pekena kopi lagilah.hahaha. Cafe seterusnya kami tuju, bermotipkan 2D1N. Lol.

Everything But The Hero Cafe. Sape yang tengok variety show Two Days One Night episode yang ade Jo In Sung, mesti tahu punye cafe ni. Cafe ni terletak di Gyeongridan Street, Itaewon dan dan dan, owner cafe ni adalah adik Jo In Sung wey.hahaha.

Subway Line 6 Noksapyeong Station Exit 2. Perhatian, kalau nak ke sini, sila jangan komplen. Ye, agak jauh menapak dari station dan jalan adalah mendaki. Diulangi, mendaki. Dari Exit 2, jalan terus sampai nampak underpass, masok bawah underpass tu, dan ke kiri naik atas. Keluar dari underpass, jalan dan pusing kanan. Mulakan pendakian dalam 20 minit , cafe ni terletak sebelah kanan anda.

Not bad, cantik cafe ni. Coffee die agak sedikit mahal dari cafe biasa, tp sedap dan dapat free small chocolate. Kami order Caramel machiato, price 8,000 won.

Memula ku ingat yang amik order kami adik JIS, tp tak bape nk kacak. haha. Tak lame lepas tu, ade sorang lagi mamat muncul. Ha tu dia, memang la same dengan JIS. Gaya die , muke die, tinggi die, memang iras JIS.Ok, tu je nak cite.lol

Sejuk weh, memang agak lame la kami lepak dalam cafe tu, sejam lebih gak.hahaha. Kengkonon, harapan la JIS muncul, or paling2 pon Kibang weh, Nan hado. lol. Dari cafe ni boleh nampak Namsam Tower, so memang superb!

Pukul 8 malam camtu, kami gerak ke last destination, Dongdaemun Design Plaza untuk tengok LED Rose Garden. Takde kena bayar pape, so jimat.haha. Subway Line 2, 4 or 5 Dongdaemun History & Culture Park Station Exit 1 or 2. Oh ye, LED ni sampai bulan 2 , 2017 je rasenye.

Refer : http://english.visitseoul.net/event-festival/DDP-LED-Rose-Garden_/545

Settle pusing2, amik gambar berkeping2 maka settle hari kedua di Seoul #JufaYattBalikKorea.

Ok, spam gambar!

Bongeunsa Station

KBS

sampai dah
Hi Raon!

Seja Jeoha Lee Yeong

Well done Raon!

Live radio, tu ha 2-3 fans je ade.kkkk
Dang-yeol Yoo Si Jin!

Hi Appa Daehan Minguk Manse!

2D1N yo!

KBS Drama


Jadi DJ sat.haha

Uihh, 1st korean drama yang ku layan, Winter Sonata!

Jom, next!

Seoul Central Mosque

Subhanallah, amazing view!




Tuna Chigae + Bulgogi
Namsan Tower



Checked!


Caramel Machiato + chocolate by EBH




LED Rose Garden






Dongdaemun Design Plaza



2 comments:

  1. Hi Kim Jong Min! Dah 9 tahun dia dalam 2 Days 1 Night

    ReplyDelete