Monday, December 5, 2016

2016 JufaYattBalikKorea - Day 3



#JufaYattBalikKorea Day 3, Kaja!

25/11/2016 


To Gyeonggi-do we go! Seawal 7.00 pagi, kami dah bergerak keluar. Nak ke daerah Gyeonggi ni, ada banyak cara. Cara mudah, cepat & mahal (ITX, Bus), cara payah cikit dan murah (subway).lol. Disebabkan trip ni adalah bajet trip, kami memilih untuk naik subway sahaja untuk ke sane.


Tempat biasa yang popular jika ke area Gyeonggi ni tak lain tak bukan adalah Nami Island & Petite France, tetapi kami dah sampai tempat ni 4 tahun dulu, maka kite tuju tempat lain pula.



Tempat pertama dituju adalah Edelweiss Swiss Theme Village yang terletak lebih kurang 30-40 minit dari Cheongpyeong Station. Dari Jongso-sam ga Station menuju ke Cheongpyeong Station ni mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah ( termasuk 3 kali transit subway ).

Subway Line 3 Jongno-sam ga station to Oksu Station 
Change to Gyeongui - Jungang Line Oksu Station to Sanbong Station
Change to Gyeongchun Line Sanbong Station to Cheongpyeong/Gapyeong Station
* 1 way takes around 2.5 hours and fees around 2500~~3000 won only*

Edelweiss Swiss Theme Village ni perkampungan Swiss ( ala2 Petite France). Takde apa sangat tapi bagi aku yang memang gemar tempat2 macam ni sememangnya masuk list. Bila tengok drama Remember , yang berlakon pon adik kesayangan Yoo Seung Ho, terus hati geletis nak ke sini.hahaha.



Nak jimat ke sini, pergi weekend sebab ade free shuttle bus dari Cheongpyeong Station, tetapi kalau name pon weekend, seharusnya ramai orang. Kami malas nak reramai, tu yang pegi weekdays. Maka dari Cheongpyeong Station kene naik teksi ( sehala 20,000 won). Sememangnya agak mahal.lol

Kami tiba awal, sebelum pukul 10.00 pagi , so kena la tunggu kejap. Edeilweiss ni bukak pukul 10.00 pagi. Sejuk memang sejuk, tapi langit biru cerah sangat. Tersangatlah lawa ^_^

Operating hour
Weekday. 10:00am-18:00pm
Weekend or Public holiday. 9:00am-18:00pm

Admission Fee
Adult. KRW 10,000/person ( we have coupon from KTO, so 30% off ^_^)

Edelweiss ni jugak lokasi rumah Lee Hongki & Mina dalam We Got Married. Cafe dalam Edelweiss ni jugak filming location untuk last scene drama Remember. Kat sini pon ade museum & galeri2 yang boleh explore. Lebih kurang 2 jam gak jalan2, pukul 12.00 tengahari kami bergerak ke destinasi seterusnya.
Nami Ok Restaurant, satu restaurant dak galbi ( ayam pedas korea) yang menyediakan ayam halal untuk muslim. Nak ke sini , lebih mudah dari Gapyeong station atau pon Nami Island. Nak ke sini, make sure sebut betul2 dengan ahjussi teksi or tulis siap2 alamat Nami Ok dalam bahasa korea.

  • Address : 786-2 Eupnae-ri, Gapyeong-eup, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do, South Korea
  • Korean : 경기도 가평군 가평읍 읍내리 786-2
  • Taxi fee ( 1 way) from Nami Island : Around 5,700~~6,000 won
 Menu tak payah pilih, memang ahjumma tu sediakan terus.hahahaha. Dakgalbi set + segala banchan + nasi untuk 2 orang cost 22,000 won. Alhamdulillah kenyang weh. Kat sini jugak ade tempat solat, maka molek sangat2 lepas makan kasi solat dulu sebelum menuju ke destinasi seterusnya.


The Garden of Morning Calm, salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Gyeonggi ni, Tempat ni kami pilih pun bertemakan drama.hahahaha. Salah satu tempat shooting untuk drama Moonlight Drawn by Clouds.Oh my seja jeoha.

Nak ke sini, boleh naik Gapyeong Shuttle Bus ( cost 6,000 won) dan bole naik bas ni dari Gapyeong Station/Cheongpyeong Station. Gapyeong Shuttle Bus ni sangat2 sesuai untuk Gapyeong Tour, sebab route bas ni boleh ke Nami Island, Petite France, Railbike, Morning Garden .

Refer sini : http://iamontheroad.net/blog/gapyeong-city-tour-bus-and-intra-city-bus/

Perjalanan kami berpatah balik la tapinye sebab nak makan kt Nami Ok tu, belasah je. Ngehehehe.
Pepandai bajet mase ye ^_^

Dari Cheongpyeong Station ke The Garden of Morning Calm ni, mengambil masa lebih kurang 25-30 minit. Sepanjang perjalanan boleh tengok bukit bukau dan kampung2.


For details regarding Fee : http://www.morningcalm.co.kr/_ENG/html/fee.php

Basically entrance fee 9,000 won, tapi macam biasa kami ade coupon, maka 20% off ^_^

Garden ni semestinya lawa masa spring. Autumn pon x kurang hebatnye, cuma masa kami singgah ni banyak dah pokok dh botak.haha. Tapi light festival dah start, pukul 5.30 petang dah colorful garden ni. Sangat2 superb!

Boleh refer sini untuk season : http://www.morningcalm.co.kr/_ENG/html/seasons.php

Boleh tahan besar gak garden ni, kami sampai 3.30 petang, gerak balik 6.30 petang. Dekat 3 jam gak explore, walaupon sejuk ya ampun.

Moonlight Pond tu tempat wajib dituju, lepas tu lepak cafe , lepas tu jalan dan jalan lagi.hahahaha.
Aku rasa aku nak ulang sini bila spring season, kompem lawa2 bunga die.

Pukul 7 malam sampai Cheongpyeong station, maka pulanglah ke Beewon GH kembali, dan settle Day 3.

Gambar pula ye.

Edelweiss Swiss Theme Village


Awal sampai, kena la tunggu luar dulu.kkk

Pintu masuk Edelweiss

Pondok pak guard.hahaha


Tinggi gak panjat naik atas, tapi patotnye x payah panjat kalau datang dengan teksi.
Posing satu kali.kkk

eh lagi?lol


Pergi pagi maka tak ramai orang



Ade scene kt sini dalam drama Remember.Ngeee



Ade slide kt belakang, boleh la meluncur.














Another spot in drama "Remember"


Sejuk, lapar..lepak jap.

Manissss









Singgah jap je Petite France






Nami Ok Restaurant
Portion for 2

kimchi

kimchi taugeh

banchan

seaweed soup

Masak dahhh
Ape lagi.kkkkk

wrap!

Final, masuk nasi...alhamdulillah

 Ruang solat, belah luar, tingkat atas.Wudhu kena amik dalam bilik air.

Besar ruang, alhamdulillah

Good job!

Halal Restaurant Week promo

Besar restaurant ni, muat ratus2 orang ni

The Garden of Morning Calm


Peta!

ha tu dia, sebesar2 banner drama2 yang filming kat sini

Tiket kaunter






Ada matahari, tapi kenape masih gigil sejuk?hahahaha

Jambatan gantung siang version

buat2 paham




pelik pokok ni





Ini yang dicari! Lee Yeong & Raon scene was filming here!


Prinncess Myeong Eun main atas ni

Walau takde dah bunga, ku gagahi jua

banner ade lagi.kkkk

suke sangat aku ni, mate pon tak nampak.haha


Tea house




Tak payah ke Haneul Park, lalang ade dah kt sini.hahahaha



Lampu nak start ON!




Pink!
Beautiful Garden




Jambatan gantung view malam








Blue ocean

walau gelap.kkkk

I like this most!

See you again ^_^

2 comments:

  1. Hi, nk tnya berbaloi x pegi edelweiss swiss village? Is it a must visit place ? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt ni ala2 petite france. nak kate is a must, tgk ape u minat.hehee. i suke pegi filming location, so is a must for me.

      Delete