Saturday, February 13, 2016

Japan Yokoso 2015 : Accommodation in Japan (Osaka)



Konbanwa~~

Entry lepas berkongsi tempat tinggal di Tokyo, so entry kali ni nak share hostel di Osaka pula.
Boleh la buat perbandingan antara Tokyo dengan Osaka. Tapi yang pasti, harga lagi murah sedikit sebab di Osaka kami pilih private room with sharing bathroom.

Osaka


Yoccola Islands Guesthouse
Sangat cool! Communication dengan owner die pun best (cepat reply message), walaupun x bersua muka.hahaha.
Guesthouse ni terletak berhampiran Station Shin Imamiya , JR Loop Line ( line yang bole ke Osaka Castle, directly). Jarak antara station dengan guesthouse dalam 5-10 minit, bergantung pada kecepatan kaki.


Rumah ni ade dalam 6-7 bilik sahaje, so tak ramai sangat. Private room with kitchen and toilet. Bathroom sharing, so kene amik number kalau nak mandi ( hahaha, gurau je). Ade common space dan dapur gak, so bole lepak makan kt luar kalau taknak sepahkan bilik dengan makanan. Oh ye, breakfast percuma ( ade telur, jem, roti, cereal, susu dan jus oren.


Lokasi strategic sebab sepanjang jalan ade kombini ( family mart & Lawson). Boleh la singgah kalau nak beli ape2. Sederet dengan rumah ni, ade public  washing machine, so nak basuh baju takde masalah. Oh ye, rumah ni ade sediakan washing machine gak, tp xde dryer dan tempat sidai baju blah atas.


Booking melalui : https://www.airbnb.com/rooms/532343


Price memang mantap, bole tahan murah. Masa kami booked, kene bayar dalam EUR ( airbnb memang charge dlm EUR) , convert ringgit Malaysia, seorang RM70 satu malam ( 5 malam dalam RM352 ). So kalau krg booked kene currency tengah murah, memang jimat!


Rate from me : 4.5/5




common space, comel je space


western style


Japanese style, tatami + futon

sinki dan tempat masak
ade pintu nak ke tatami room
Taiyo Hotel
Hotel ni tidak memberangsangkan bagi kami. Name je hotel, tapi bknla standard hotel ye.hahaha. Ape yang x best, toilet dan bilik. Bilik kecik normal kalau kat Jepun ni, tp futon die x berape tebal dan bantal kecik gile. Heater pun xde, so memang kejung la musim sejuk.


Yang best cikit, bathroom je dan lokasi. Terletak kt Shin Imamiya Station gak, berdekatan dengan guesthouse Yoccola, cume kami duduk sini semalam. Itu pun sebab yoccola dan hotel lain fully booked.


Harga semalam per person dalam RM75. Bilik kt sini hanya ade untuk 2 orang dan bilik untuk seorang . Toilet, bathroom, dapur semua sharing.


Booking melalui booking.com : search Business Hotel Taiyo


Rate from me : 2/5

Pintu depan

bangunan die, agak lame

Private Room for 2 person ( tatami ) , hujung tepi tu ade tv
Ruang letak bag dan peti ais mini


So 2 je tempat persinggahan di Osaka kali ni. Tapi nak share gak tempat yang penah ku stay untuk trip dulu.


Hotel Mystay Otemae
Yang ni sangat recommended gak, sebab ala apartment. Stay kat sini masa trip 2012, duduk dalam 8 hari gak. Time tu book melalui agoda.com dan ade diskaun. Rate time tu dalam 3.9 tapi berjaya dapat harga seorang satu malam RM95 ( duduk 8 hari dalam RM760).


Tapi sekarang macam dah naik harga, tapi boleh la cuba kalau tak kisah. Lokasi terletak berhampiran dengan Tanimachi 4-chome Station on the Osaka Municipal Subway Tanimachi Line.


Official website: https://www.mystays.com/en/hotel/Osaka/Hotel-Mystays-Otemae
Agoda : search Hotel Mystay Otemae Osaka


Lokasi best, kawasan penempatan dan kawasan office. So sangat selesa walaupun time malam. Macam biase, kedai2 pun dekat.


Rate from me : 4.5/5






Nota: Gambar di bawah dari 2012, so mungkin ade perubahan, seeloknya tgk kt official website ye ^^


depan hotel


bilik no 2

bilik no 3

tatami room with futon

kitchen area

tempat masak yang sangat selesa

bathroom with bathtub


tempat cuci muke
Hotel Toyo
Berkesempatan duduk masa trip 2010, selama 2 hari. Jangan keliru dengan Taiyo hotel ye. hehe. Tapi hotel backpackers ni lagi selesa. Terletak di Shin Imamiya station gak, konsep sama, dengan Taiyo Hotel iaitu bilik untuk seorang dan 2 orang sahaja, sharing toilet dan bilik mandi dan juga dapur.


Booking direct : http://www.hotel-toyo.jp/


Harga satu malam untuk seorang 2500 yen ( twin room , kalau rate 3.6 so dalam RM90).


Rate from me : 3/5





Ok, ni je yang boleh share, so ade la cikit idea nak duduk guesthouse ke hotel yg ala hostel ke kan. Kalau tengok lokasi, banyak ku pilih di Shin Imamiya sebabnya area sini murah cikit nak dibandingkan dengan area lain. Tapi area sini dulu banyak homeless la, but pergi aritu, tak Nampak dah homeless ( tp drg ni x kacau orang pun.hehe)


Tips sama sahaja mcm Tokyo:


1) Pastikan carik hotel/hostel berdekatan dengan station keretapi ( kalau bole dengan main line so tak payah nak kena tukar2 train, rekemen booking di area yang JR Osaka Loop Line)
2) Osaka selalu fully booked, maka kalau pergi peak season, booking seawalnya
3) Area Namba/Dotombori pun banyak hostel gak
4) Kalau duduk di Osaka, boleh cover day trip ke Kyoto, Nara & Kobe ( x jauh sangat, perjalanan dalam 30-40 minit sahaja )


Ok, Jya!

Wednesday, February 10, 2016

Japan Yokoso 2015 : Accommodation in Japan (Tokyo)


Moshi Moshi~~~
Entry untuk 17 hari perjalanan #KembaraJufa2015 dah selesai. Kali ni, entry ni saje nak share hotel, hostel yang kami menginap sepanjang 17 hari kt negara matahari terbit tu. Bukan ape, senang nak buat reference masa akan datang.kkkk

Bajet untuk penginapan ni , ku tak letak mahal sangat, or murah sangat. Tapi kalau bole nak yang selesa dan takmo sharing ngan orang luar.hehehe. So sharing room dengan bukan ahli geng #KembaraJufa2015 is No No for me.Heee. So jom start!


Tokyo

Apartment La Maison Du Komagome
Apartment ni terletak berhampiran dengan Komagome Station JR Yamanote Line, salah satu main line JR Tokyo. Sangat strategik, nak ke Shibuya, Shinjuku, Harajuku dekat je dan tak perlu tukar train. Kami book apartment melalui airbnb dan sesuai untuk group tour. Ade 3 bilik, 1 bilik air, 1 toilet, lengkap dengan dapur dan ruang tamu.

Kemudahan mesin basuh pun ade disediakan, cume dryer je takde. Tapi jangan risau, sebab public washing machine dekat je, jalan kaki 5 minit. Selain tu, kawasan apartment ni memang untuk penempatan orang2 jepun, depan apartment ade sekolah, 2 minit jalan kaki jumpe taman permainan, dan jalan menuju ke station komagome, banyak kedai2 makanan dan lain2.


Booking melalui airbnb : https://www.airbnb.com/rooms/6276657

Price bergantung pada rate semasa dalam EUR, sebab payment kene buat terus selepas booked dan dalam currency EUR. Masa kami booked , RM459 seorang untuk 4 malam ( RM115 satu malam ).

JR Yamanote Line
Rate from me : 4.5/5



ruang tamu dan ruang makan


 
dapur untuk memasak, peralatan pun lengkap, jangan lupe samak ^^
 
tatami room ( bilik no 3)
 
bilik tengah, connected dengan tatami room
 
bilik no 1

besar almari disediakan
 
kemudahan yang paling best!
 
rak kasut, dekat dengan pintu masuk
 
bilik mandi, siap dengan bath tub
 
mesin basuh dan ruang cuci muka

toilet bersama bidet!
Khaosan Tokyo Laboratory
Terbaik! Lokasi sangat strategic gak, Tawaramachi Station ( Tokyo Metro Subway Ginza Line ). Khaosan hostel ade banyak branch, tapi kami pilih sini sebab private room & toilet. Asakusa merupakan salah satu tempat pelancongan wajib dikunjungi untuk pelancong2 yang dating ke Tokyo, ie Sky Tree, Sensoji Temple etc. Menginap di sini, boleh jimat train fee untuk ke tempat2 sekitar Asakusa.

Dalam bilik ade 2 katil double decker, lengkap dengan selimut tebal, ade bilik air bersama bath tub .
Common room share, dapur pun share. Ade jugak public toilet and shower, bersih dan sangat selesa.

Selain dari tu, bole simpan luggage tanpa bayaran gak kalau sampai awal. Banyak jugak flyers percuma ie guide to Tokyo, Shinjuku etc .Oh iron kene request kalau nak gune. Washing machine pun ade jugak, mcm biase, sediakan duit syiling.

Booking direct di website : http://khaosan-tokyo.com/en/laboratory/

Kami booked bilik dengan 4 katil, seorang satu malam 3600Yen ( rate 3.6 RM130).

Tokyo Metro Ginza Line

Rate from me : 4.5/5


common space to lepaking

sharing kitchen


common space lagi


common space lagi.kkk



private room with 4
YMCA Asia Youth Center Hotel
Terletak berhampiran dengan JR Suidoibashi , JR Chuo Sobu Line, salah satu line yang penting gak di Tokyo. Pilihan untuk duduk di sini, sebab walking distance dengan Tokyo Dome. Ade project cikit dekat Tokyo Dome aritu.kkkk

Kami booked bilik untuk 3 orang, lengkap dengan yukata, private bathroom dengan bath tub. Bilik kami betul2 berhadapan dengan sekolah, dapatla tengok dak2 skolah berlatih sukan aka baseball ( macam selalu tengok dalam dorama tu.).hakhak

Berbanding dengan 2 di atas, jarak dari train station ke hotel ni jauh cikit, dalam 15 minit, kalau bawak baby ke orang tua ke, penat gakla.hehehe



Harga satu malam untuk seorang 4100 Yen ( rate 3.6 maka RM148).


Booking direct melalui : http://www.ymcajapan.org/ayc/hotel/en/index.html


Rate from me : 4/5


keadaan bilik same mcm ni.

Ok, hanya 3 tempat je kami menginap sepanjang duduk di Tokyo kali ni. Ketiga2 tempat sangat rekemen, bole pilih mane yang suke.hehe. Kalau ade rezeki lagi, mungkin nak try Khaosan hostel yang lain pula ^^. Tapi mane tau dapat grab diskaun hotel dekat area Shibuya ke kan.kui3.

Tips:
1) Pilih hotel/hostel berhampiran dengan station keretapi ( kalau beli JR Pass, make sure dekat dengan JR line)
2) Booking cepat, sebab tempat yang best selalunye fully booked lagi2 kalau peak season
3) Kalau tak suke sharing, harga bilik memang dalam range rm100-150 area Tokyo
4) Kalau tak kesah sharing, bole dapat range RM80-100
5) Check lokasi sebelum booking, kalau salah pilih tempat ( aka Ikebukuro West gate), ade yang terkejut pulak kang ( tempat ni ramai homeless dan byk club, tak berape selesa lagi2 pada waktu malam ).
6) Check rate yen semasa, lagi rendah rate, lagi murah harga ^^ ( tp mase kami pergi ni rate 3.6..sob sob sob )


Jya!