Showing posts with label gifu. Show all posts
Showing posts with label gifu. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 8 :Part 12 Shirakawa go , awesome!

Moshi Moshi



Masih hari ke 8, selepas menjamu selera di Tenma Restaurant , kami menaiki bas menuju ke Shirakawa go. Nak ke Shirakawa go dari Takayama Station ni, kena naik bas, bole book awal or beli direct sahaje dekat kaunter. Jadual pun bole check awal, untuk planning.

Bole refer sini : http://www.japan-guide.com/bus/shirakawago.html

Tambang pergi balik dari Takayama ke Shirakawa go ke Takayama adalah 4420yen. Perjalanan dari Takayama ke Shirakawa go ni mengambil masa dalam sejam.

Ape yang best kat Shirakawa go ni?

"The Shirakawa-go (白川郷, Shirakawagō) and neighboring Gokayama (五箇山) regions line the Shogawa River Valley in the remote mountains that span from Gifu to Toyama Prefectures. Declared a UNESCO world heritage site in 1995, they are famous for their traditional gassho-zukuri farmhouses, some of which are more than 250 years old."

Rumah traditional sini yang menarik perhatian, bumbung segitiga. Buah 'kaki' ataupon kite panggil pisang kaki pun femes kt sini. Kampung ni x berape nak besar, rasenya kalau pusing 1-2 jam dah bole abis.ngehehe. As kampung ni tempat pelancongan yang terkenal gak kat sini, kedai2 cenderamata pon banyak.

Ok, picture time yo!
ikuzo!

mari teroka shirakawa go!



sejuk ni, ku tahan jebat!
Kene lalu jambatan nk ke kampung

Tenang! Mane ntah pegi orang2 kampung ni.kkkk
Kaki! Sedap dan besar oiii.

Selfie la cikit.ngehehe
eh eh, style ni pon wajib.haha
Asal jalan je, mesti akan jumpe orang Malaysia. Bagus la kan, yang ramah ditegur, yang x ramah apo nk buek.hahaha. Sesambil tu leh tukar2 info.

ha nampak muke baru?kkkk.
Kedai belakang tu ade juai stem, so bole beli poskad and post.

Jernih airnye 


Ni longkang ye, giler ah bersih, Siap ade ikan.
Ha, posing ni orang Singapore bg idea.hahaha. Terjumpe gak time kt sini.lol
Kat sini jugak krg bole naik bukit sikit, untuk tengok perkampungan ni dari atas. Alin & Mid naik, aku dan lain2 malas.hahahaha.

ohsem! next time la aku naik sini.hahahaha.
candid by Mid. Ape bende la ni.hahahaha
Kami sampai sini td dalam pukul 3, so nak balik ke Takayama amik bas terakhir yang pukul 5 lebih. Rase mcm kejap je explore kampung ni. Best, tenang dan aman.Miahaha. Cume sejuk tak tahan. Kalau winter, memang lagi kejung aku rase. Btw, bole jugak kalau nk stay kt sini. Ade homestay ^^

Ha, tu dia orang2 yang penat.haha
Gelap dah..padahal bru pukul 5.
ok, bas sudah tiba. jya ne!
 Maka selesailah lawatan kami ke Shirakawa go. Best dan syiokkk. Ade rezeki, mungkin winter ketemu kite?hik3

Iklan
Hari pertama kat Takayama ni memang mencabar, memule tertinggal bas nak ke Shirakawa go gara2 tersalah tgk jadual ( booked under ISite)  Mujurlah Shimizu call orang bas tu, maka xkne bayar denda. Dan mujur la ade bas lain ( Nohi Bas) nk ke Shirakawa ni.

Tips : Sila periksa jadual bas ke keretapi ke bebetul. Jepun ni pantas, lambat sesaat ko bye bye jela.haha

Lepas tu, tengah tunggu bas nak balik Takayama, aku carik2 tiket, tak jumpe. Menggelabah tahap cipanzi.hahaha. Mujurla jumpe gak, kalau tak, memang gelandangan la aku sebab xde bas dh lepas tu,dan dah xde jual tiket kt situ.

Moral : Sila jaga tiket bas anda bebaik, jangan gelabah.hahahahaha

Jya~~

Wednesday, January 6, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 8 :Part 11 World Heritage Site, Takayama!

Konbanwa~~~


19/11/2015
Hari ke 8 yo! Rasenye macam dah agak puas duduk kt Yoccola Islands (6 hari 5 malam) , kene la ucapkan bye bye.
Seawal 6 pagi, kami bergerak keluar dari Shin Imamiya menuju ke Osaka Station untuk ke destinasi seterusnya, iaitu Takayama.
Biar keluar pagi, boleh elak peak hour orang2 jepun pergi kerja. Confirm train padat, nak hangkut beg2 gedabak akan menyukarkan kelancaran perjalanan ( eceh ayat aku.hahaha)

Till we meet again Yoccola House!
Dari Osaka Station, kami semua bergerak ke Platform No 11, platform yang sama mcm semalam, nk ke Kyoto. Sebab ape same? Kami dah terpikat dengan Limited Express Wide Hida ni, dahla selesa, seat besar, tingkap besar dan tak ramai sangat orang. Tiket pun tak perlu reserve sebab beratur je sesiap.hehehe.

Dengan menaiki Limited Express Wide Hida ni, perjalanan ke Takayama mengambil masa 4 jam lebih. Jadual memang dh tetap, 7.58 pagi train direct ke Takayama.

Bole refer sini : http://jprail.com/trains/sort-by-type/limited-express/limited-express-wide-view-hida.html

Nak ke Takayama ni pun banyak pilihan, google je. Shinkansen pon bole, tapi kene tukar2. Paling senang, wide hida ni, cume memang sekali je sehari train direct, kalau terlepas kene la carik train lain.
Platform 11 ni pon cool bagi aku, tak ramai orang
4 jam lebih dalan train, ape nak buat? First, kompem la makan kan. Memang dah masak sesiap, bekalan dibawa, brahim kan ade.lol. Tak perlu membeli, kalau nak beli pon, beli buah pisang ngan starbuck coffee sahaje. Lepas makan, tidur la..ape lagi.hahahaha. Tapi jangan tidur la sepanjang 4 jam tu weh, rugi! Sebab ape? View awesome wei.Seres cakap. Train view memang sangat2 mantap seh nak ke Takayama ni.

Tak caye? ha tengok bawah ni.

breakfast settle






Ye, ni semua view dari dalam train Wide Hida ni. Train ni jalan di celah2 bukit2 ni, memang cantik sangat ciptaan Allah. Subhanallah. Syukur sangat sebab diberi peluang menikmati pemandangan cantik ni. Alhamdulillah ^^

Ini kali pertama menjejak kaki ke Takayama.Jauh cikit dari Tokyo dan Osaka. Kalau nak lari dari kesibukan kota, elok sangat lari ke sini.miahaha. Kate google pasal Takayama ni:

"Takayama is a city in Japan's mountainous Gifu Prefecture. The narrow streets of its Sanmachi Suji historic district are lined with wooden merchants’ houses dating to the Edo Period, along with many small museums. The city is famed for its biannual Takayama Festival, going back to at least the mid-1600s, celebrating spring and fall with parades featuring ornate, gilded floats and puppet shows."

Sebelum datang sini, sebenarnya aku ade survey pasal muslim friendly kat sini. Yela, first time kan, tak familiar. carik punya carik, jumpe page kt facebook :  https://www.facebook.com/htmfp/?fref=ts . Community page untuk Muslim Friendly Project in Takayama.

Tanya punya tanye, dorang ajak jumpa dan ajak makan sekali. Dorang memang tgh promo dan survey muslim yang datang ke Takayama. Tepat 12.18 pm, sesampai di Takayama Station, Mr Shimizu & Ms Naoko dah menanti kedatangan kami.

Tempat pertama kami tuju di Takayama ni adalah Tenma Restaurant ( muslim friendly ) . Bole refer sini : https://www.halalgourmet.jp/restaurant/673 

Ape yang best kat sini? Pertama, ayam halal dimasak special cara Takayama. Kedua ramen pun sedap. 3. Ade tempat solat ( walaupun tak berape proper , but still ade space ). Kalau datang ke sini, make sure request for halal menu ye ^^

Orang jepun ni memang baik2 belaka babe. Macam Shimizu-san & Naoko- san ni, bagus sungguh la bagi aku.kkk. Nak tulis details, letih plak kan, yang pastinya drg berdua kenal Johnnys artist.kkkk

peace.time ni la bas shirakawa go tinggalkan kami.kkkkk
Shimizu- san & Naoko-san from Muslim Friendly Project Takayama
Keichan, which is contained halal chicken and vegetables mixed ( yang dalam penutup) Houba-miso, which is contained halal chicken mixed with same as above miso, covered by houba leaf Hontoni oishi yo!Time menggelegak atas apo tu memang mantap!
Ramen miso base or salt base, oiishiii!
kompem halal punyo!
Restaurant Tenma ni memang berhadapan dengan Takayama Station. Takkan sesat punye, keluar dari station, jelan depan cikit, melintas jalan. Memang dekat deretan kedai2 depan station sahaje. Harga untuk keichan and houba miso chicken tu, untuk 4 org share, dalam 800 yen je. Tp makan ayam jela.kkkk. Ramen price 850 yen, so sangat2 berbaloi ^^ Dua2 menu ni memang Shimizu dan Naoko yang suggest, kami sampai kt restoren, makanan dh tersedia.kkkk

Nak tau destinasi ape lagi bole explore dekat area Takayama ni? Tunggu next post la ye.kkkkk.
Jya!