Showing posts with label Arashiyama. Show all posts
Showing posts with label Arashiyama. Show all posts

Monday, January 4, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 7 :Part 9 Kyoto suki dayo I ^^


18/11/2015
Hari ke-7, masih lagi di Kansai. Destinasi seterusnya, semestinya Kyoto. Kyoto ni terletak dekat je dengan Osaka, so bole je pegi sane balik hari. Sebab malas nak mengangkot beg2 gedabak, kami tidak memilih untuk bermalam ni Kyoto.

Dari Osaka ke Kyoto, macam2 jenis train bole naik dengan adenye JR pass. Local train, Express train, Limited Train, Shinkansen..ha pilih2 mne nak naik. Kali ni, pilihan kami ialah Limited Express Wide View Hida . Train ni bole naik dari Osaka Station, terus menuju ke Kyoto Station , mengambil masa dalam setengah jam sahaje.

Sebenarnya banyak sangat tempat2 best di Kyoto ni, tapi disebabkan hanya ade sehari je, maka kne shortlist kan tempat yang nak dituju. Destinasi pertama adalah Arashiyama . Sila naik JR Sagano Line kt Kyoto Station, menuju ke Saga Arashiyama Station. Sepanjang perjalanan ke Saga Arashiyama, pemandangan sangat cantik dengan bukit bukau dh mule warne kuning, oren dan merah.

Nk lebih details, bole refer sini ye: http://www.japan-guide.com/e/e3912.html

Peak season di Arashiyama ni memang time November, so memang ramai org walaupon masih pagi. Dari Saga Arashiyama, kami nak naik Romantic train, Sagano Scenic Train. Dulu dh penah naik, tp time tu summer, maka daun2 hijau. Kali ni nak merasa dan menikmati pemandangan musim luruh pula.

Fee? 620 Yen, dari Torokko Saga Station ke Torokko Kameoka Station. Ramai orang, tiket kami xde seat, maka kene berdiri, tp x lame pon, dalam 15-20 minit. Takkan rase penat, sebab pemandangan sangat2 indah. Meh belanje gambar ^^

torokko saga railway
nihon-jin tgh tgu nk melintas jalan
train da sampai dah
mari berdiri belakang driver yo!





Nak dapat gambar cantik dengan bergoyang2, memang susah, video adalah cara yang paling baik.kkkk
 

Rata2 yang naik keretapi romantic ni masa kami pergi, atok2 nenek2 jepun. Comel2 je drg ni, bercuti2 la tu.kui3. Ade yang nk menyembang, tp apekan daya, nihon-go ga wakarimasen.hahahaha.

say cheese ^^


Ok, selamat sampai Torokko Saga Kameoka, bole keluar dari station dan jalan kaki menikmati pemandangan semulajadi sawah padi, menuju je station JR berhampiran. Sejuk memang sejuk, tp rugi lah kalau tak berjalan kan. Sesambil exercise kaki,kui3.

Menuju ke JR station, sebab nak patah balik ke Saga Arashiyama Station ( JR) , untuk menuju ke next destinasi. Sebelom tu, jom tgk ape yang kami nikmati sepanjang berjalan kt Kameoka ni.

sawah padi di kameoka





menuju ke JR station, mendaki cikit ja

nice picture Palin!

Berjalan nk ke station ni, amik mase dlm 20-30 minit, sebab memang kami jalan slow2, tangkap gambar, hirup udara nyaman dan segar. Cuaca memang mendung, sesampai ke station, hujan mula turun. Macam biase, payung dan baju hujan sangat2 diperlukan, kalau tak kunyup la kan.

Sampai balik ke Saga Arashiyama Station ( JR), destinasi seterusnya adalah Togetsukyo Bridge. Memang gamble xde google direction, mujur kt JR station ni memang ade tourist guide menanti. Ape lagi, segan bertanya sesat jalan kan, maka kasi tanye lah.kui3.

ha, agak2 paham peta arashiyama ni?kkk
gambar sekeping.kkkk
Menurut kata tourist guide tu, berjalan dari JR station ni ke Togetsukyo Bridge dan Bamboo Groves ni amik masa sejam je. Tapi dengan keadaan hujan, dan ramai orang ni, rasenye lebih dari sejam gak.kkkk. Ape ade dekat Togetsukyo Bridge ni?  Menurut google :

"The Togetsukyo Bridge (lit. "Moon Crossing Bridge") is Arashiyama's most iconic landmark. It was originally built during the Heian Period (794-1185) and most recently reconstructed in the 1930s. The bridge looks particularly attractive in combination with the forested mountainside in the background. A riverside park with dozens of cherry trees is located just adjacent to the bridge "

Tapi memang lawa, sayang hujan je, kalau x memang 1000 keping gambar amik.hahahaha.

dari jauh dh nampak
walaupon hujan, jalan tetap jalan, gambar tetap gambar
Togetsukyo Bridge yo!Ramai sangat orang walaupon hujan lebat


 Kami tak seberang bridge pun, sebab hujan lebat sangat. Malas nk berbasah2an dengan ramai2 org. Oh ye, gunung belakang tu namenya Arashi ( Mt Arashi).

Mt Arashi, ade jugak org naik sampan hujan2 gini.










Ok, sambung nanti untuk destinasi seterusnya di Kyoto ^^. Jya!

Monday, March 3, 2014

Kyoto : Sagano/Arashi-yama

こんばんは!

Terpikir nk tulis pasal Sagano/Arashi-yama sbb tgk update Visit Japan.
Sebenarnya ke sana lame dh, Sept 2012. .ngehehehe.

Arashi-yama ni terletak kt area Kyoto. So kalau krg ke Jepun, dan turun kt Osaka, so tersangatlah bagus utk singgah Arashi-yama ni. Highlight kt sini semestinya Bamboo Groves & Sagano Train.

Kami bergerak dari apartment kt Osaka ( Otemae) pagi2 dalam kol 7.30. Kalau nk ke Kyoto, kami sarankan utk gerak pagi sebab bole g 2-3 tempat. So x bermalam pon ok.

Dari Otemae ke JR Kyoto Station , then dari Kyoto Station naik JR Sagano Line utk ke Saga - Arashiyama Station ( kene tukar line ^^).

Nak tau details nk ke sane, bole refer bwh ni:

http://www.japan-guide.com/e/e3912.html

Disebabkan ktrg g pagi, so busy cikit. Nihon-jin berkejar2 nk ke tempat keje, nk ke sekolah. Tapi yg bagusnye, dapat cuci mate wooo.kkkkk.

Blah luar tempat nk naik Sagano Romantic Railway

Lepas keluar dri Saga Arashi-yama station, make sure krg nampak ni.kkkk
Sagano train ni start kol 9 pagi, ktrg sampai dlm kol 8.30..so beli tiket and lepak2 dulu sambil amik gamba.ngehehe.

Korang bole choose nk beli tiket pegi balik, or pegi naik train, balik naik bot. Ktrg pilih beli return ticket sebab naik bot agak mahal.hahaha, tp seres mcm menarik gile. Masa utk tiket balik pon bole pilih.

Jadual sagano train

Posing dulu.kkk.ni tempat beratur nk naik romantic train
Woot wootz
Bersedia nk naik train

Posing dulu!kkkk
Romantic train ni pon ade station utk berhenti tau. Start dari Torokko Saga sampai Torokko Kameoka. Tiket pegi ktrg trn sampai Torokko Kameoka. Sepanjang perjalanan dari Torokko Saga ke Torokko Kameoka, korang bole tgk kecantikan Arashi-yama ni. Best gile weh!

Tiket & Brochure

Hijau~~~
Cantik gile!Kalau balik naik bot, so akan lalu sungai ni.ngehehe
superb!
Dalam train ni pon siap ade service tangkap gamba, poskad sume.kkkk.Tp ktrg kan percutian bajet, so semua pon x amik.wakakaka

Dah sampai Kameoka, ktrg turun sekejap , lepak tengok pemandangan kampung kt situ.

Dah settle tgk2, so ktrg naik balik train. tp ktrg turun kt station Torokko Arashi-yama. Kalau krg nk jalan ke Bamboo grooves, so wajib turun kt sini.

Tangga lagi.kkkk
Arashiyama eki

Kt sini, krg kene exercise kaki la ye.hahaha.Tp jangan risau, korang xkan rase penat.Sebab?Mcm2 bende ade weh!haha



Sepanjang perjalanan ade pokok buloh.
Bamboo Groves ni gak antara salah satu tempat yg katanye kene pegi sebelom mati.hahahaha
X caye? Tgk ni.kkkk >>> http://www.kulfoto.com/interesting/574/17-surreal-places-to-visit-before-you-die/

Ni mmg tempat femes la kt Kyoto ni. Sepanjang perjalanan tu, krg akan lalu rumah2 orang..ade gak shrine yg bole krg masok.Tapi sebab ktrg mls nk masok shrine tu, ktrg x singgah pon.haha

siap lawatan sambil belajar lagi
bukti da sampai!haha
bersih gile and tenang je sepanjang jalan
yosh!lagi cikit nk sampai town!kkk
Memang sepanjang jalan nk sampai next train station, korang akan tempuh rumah orang. Bile dh nk sampai tu, akan nmpk kedai2 jual cenderamata dan paling best kt sini, ade matcha ice cream. dh penat berjalan, kasi pekena makan eskrem la kan.kkk

ha kt sini ade kedai2..mcm2 ade
lawa seh umah ni.besar gile!
Tumpang bergamba..ramai x rombongan i ke jepun?kkk
Rumah Yamaguchi & Tanaka..suke tgk design rumah ni
Matcha ice cream time!
Kyoto mmg femes dgn matcha ( green tea). So mne2 krg g, mesti dpt jumpe ape2 makanan yg berkaitan dgn matcha.^^

Macam2 jenis ade
Okeh, tu je utk pengembaraan ke Saga Arashi-yama ni. Kalau bole, aku nk ulang utk musim bunga/luruh ( ni pegi time musim panas >_<..bulan 9 katenye!). Kalau time sakura, mesti lagi lawa gile!

Jya, mata nee!