Showing posts with label niigata. Show all posts
Showing posts with label niigata. Show all posts

Monday, October 8, 2018

Japan Trip 2018 ; Genbi Shinkansen



Moshi Moshi~~

Entry kali ni saje nak share train unik yang kami naik mase last trip. Tak lain tak bukan, Genbi Shinkansen.

Kenape unik? Ok mari sis ceritakan.hahaha

Genbi Shinkansen

Genbi Shinkansen ni salah satu joyful ride trains yang ade kat Japan. Masa memula beli JR Pass Niigata Nagano, memang aim nk fully utilized the pass. Kalau tak, nanti tak berbaloi beli memahal. Maka dengan bantuan google, ku tgk genbi shinkansen ni amatlah menarik and mase pon boleh adjust utk cube train ni.

Joyful train selalunye ada mase weekend dan ade laluan khas. Macam genbi ni, jadual die setiap sabtu dan ahad, route dari Echigo Yuzawa ke Niigata and Niigata to Echigo Yuzawa dan ade mase tertentu juga.

Kalau nk tau lebih lanjut, boleh refer sini >>>  https://www.jreast.co.jp/e/joyful/genbi.html?src=gnavi

Limited day, limited time, maka seeloknya untuk reserved seat kalau nak cuba genbi shinkansen ni. Ade juga non-reserved seat, tapi bagi kami lebih afdal reserved seat sesiap.hehehe. Makanya masa booking option ticket ke alpine route tu, kami book sekali seat untuk genbi shinkan ni. Silalah survey sesiap nk reserve hari apa, pukul berape dan dari mane ke mane untuk memudahkan urusan di kaunter JR.

Genbi Shinkanse ni fully covered by JR Pass tau. Kami book hari ahad, pukul 11.26 pagi dari Niigata ke Echigo Yuzawa.

Hari ahad tu, kami keluar rumah lewat cikit. Nak ke Niigata , perlu naik shinkansen jugak. Tp shinkanse biase lah.haha. Dari Tokyo ke Niigata, menaiki Max Toki Shinkansen ( 2 tingkat) , pukul 8.24 pagi dan tiba di Niigata 10.28 pagi.

Ade dalam sejam utk pusing2 area Niigata station, kononnye nk g amik gambar kt Niigata sighboard aritu, tapi takde dah. Cuaca pun sejuk, so ktrg lepak kejap je kt luar. Niigata station ni x besar mane, so kejap jela pusing dlm station.hahaha. Nak g blah luar masa limited sgt. Abeh pusing, terus masuk ke platform. Fuh! Genbi Shinkansen dah pacak weh. Ape lagi, kasi bergambar ah. Excited gile weh.hahahaha. Bapak kakkoi gile aku rase. Malas cte banyak, cer tgk gambar bawah ni.

shinkansen bersambung..fufufu
sesambil menunggu shinkan, posing sekali.

ikuzo!
sawah bendang yg penuh dgn air..odw to Niigata




Niigata Station


luar Niigata station
xde motip pon bergambar ngan bear blkg tu.kih3

Ini yang dinanti, Genbi Shinkansen!

yatta!







lagi~~posing

silakan~~
Ok, ini baru luar shinkansen tu, dh teruja mcm hape kan.hahaha. Tepat 11.26 pagi, pintu shinkansen buka. Ape lagi, terus melangkah masuk. Perghhh, hebat seh interior dalam shinkansen ni. Kagum gila! Tak ramai orang, so kami kasi pusing gerabak dari hujung ke hujung. Ape ade? Silakan tengok gambar2 di bawah.

menuju antara coach

1st coach car no 11, seat ni reserve seat..so ini la seat yg ktrg reserved aritu
2nd coach, car no 12

Car no 13, kids space..boleh main shinkansen toy kt sini..siap ade penjaga..kang ilang lak game tu.kkkk

bukan bdk je main, hat besar pon main sekaki.kkkk
Cafe, boleh la beli coffee kat sini..car no 13

another coach...x ingat no berape

this one also

last coach..car no 16
  Perjalanan dari Niigata ke Echigo Yuzawa mengambil mase lebih kurang 1 jam. Dah abeh jenjalan pusing semua gerabak, boleh la lepak minum kopi sesambil layan pemandangan.




Ok sekadar itu perkongsian Genbi Shinkansen. Nak tau lebih lanjut mengenai genbi shinkansen ni, or joyful ride yg lain, boleh ke JR website ^_^.

"The only source of knowledge is experience"

Till next post~~~



Monday, January 18, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 11 :Part 17 Niigata, The Rice Capital of Japan!



tengok adik2 nihon-jin blkg tu, tgh lepak main skateboard.kkkk
22/11/2015
Hari ke-11, hari untuk ke Niigata pula. Untuk ape? Melawat Mayumi, kenalan Boice yang sangat2 baik.hehehe. Memang dah janji dengan die sebelum datang ke Jepun ni, ngehehe.

Kat mana sebenarnye Niigata ni? Cube tgk peta bawah ni.


Dengan adanya JR pass ni, memang bole pusing satu Jepun. Perjalanan dari Tokyo Station ke Niigata Station, mengambil masa 2 jam dengan menaiki Joetsu Shinkansen. Dan paling menarik, shinkansen die 2 tingkat weh.kkkk

Memang kami takde google ape2, sebab Mayumi janji untuk tunggu di Tsubamesanjo station, 1 station sebelum Niigata. Maka hari ini hari paling senang sebab tak payah pikir direction.hahahaha.I love you Mayumi.kkkk

Tepat 11.01 pagi, aku , alin n kak yat tiba di Tsubamesanjo. Sesampai je, mak aihhh, sejuk weh. Konon xmo pakai jacket sebab nampak sunny, tapi angin menusuk pula. Keluar station, husband Mayumi dh menunggu. Niigata exploration starto!

Tempat pertama yang kami pergi, semestinya makan tengahari.hahaha. Walaupun baru pukul 11, tapi sesuai je terus makan sebelum berjalan kan. Mayumi bawak kami pekena Sushi kt sini. Nama pun aku lupe dah, tapi sushi die memang mantap weh!

Selesai makan tengahari, Mayumi drop off husband die, dan bawak kami menuju ke Mount Yahiko. Sepanjang perjalanan nk ke Mt Yahiko ni, kanan kiri sawah padi. Dan memang x nampak bas atau pon train keretapi. Menurut Mayumi, transportation kat sini memang kereta sendiri, public transport sangat2 terhad. So, kalau ade yang nak ke sini, disaran untuk sewa kereta ^^

Sebelum naik ropeway ke Yahikoyama ni, macam biase ade shrine dan taman2 kecik. Public holiday time ni, maka agak jem sedikit. Dari shrine nk ke ropeway, ade shuttle bus, berlari2 kami sebab bas dh sedia menanti masa sampai tu, hahahaha. Asyik jela berlari kt Jepun ni.

Details for Mt Yahiko >> http://www.jnto.go.jp/eng/location/regional/niigata/yahikosan.html

Belanja gambarla dulu.

Max Yamabiko, yeehaaa!


hey orang belakang, i will ride you soon.kkkk
x sempat naik hokuriku shinkansen aritu, maybe next time.hee
twin shinkansen, sumpah kakkoi!


Tsubamensanjo Station



muke eksited nk makan sushi.hahaha
cheese~~~~^^








kenyang.kkkkk

jom ke Yahiko!
random pic.kkk



Yahikoyama di depan ^^
sawah padi di kiri kanan








jalan jalan kejap sementara Mayumi park kereta.kkk

depan main gate shrine, name xtau.haha.sunny but windy

ikuzo!
mini bus
jangan tanya harga, Mayumi belanje.kkkk




Tak bape nak gayat sangat naik ropeway ni, besar dan stabil. Dh naik atas, perghhhh, angin kuat. Sejuk weh.Tapi pemandangan memang ohsem. Subhanallah!



besarnya dan luas kawasan sawah padi.






belakang tu laut ^^

Yang bestnye Yahiko-yama ni, boleh nampak 2 side, sebelah laut dan sebelah lagi sawah padi. Menakjubkan walaupon sejuk gilos.kkkk




Tinggi Yahiko yama ni sama dengan Sky Tree Tokyo, so tak payah la naik Sky Tree lagi.hahahaha. Pilih salah satu.keh3.

ok, masa untuk turun dari yahiko-yama ^^

Sebelum menuju ke destinasi seterusnya, Mayumi suggest untuk segarkan kaki dulu, pekena foot bath. Public foot bath ni terletak kt hotel berhampiran dan semestinya free sahaje. Memule mcm taknak, sebab xde bwk tuala kan. Rupenye2 Mayumi dh siap bwkkan tuala untuk kami. Nampak tak betapa baik nya die.kkkk. Die mmg tour guide terbaik!


Terasa ringan gile kaki lepas rendam ngan air panas ni.

kedai2 jual souvenir, tp mostly utk shrine..carik fridge magnet xde plak. 




Fresh! Mayumi nak bawak kami ke satu lagi tempat. Katenye tempat buat senbei, iaitu rice cracker. Niigata ni terkenal dengan beras. Beras jepun yang paling mahal dihasilkan kt sini, ounuma. Yela kan, sepanjang perjalanan kiri kanan sawah padi.Kena la rase.kkkk

Dari Yahiko ke Niigata, perjalanan bole tahan lame, siap masuk highway. Fuh! Dapat gakla merase naik kereta dan lalu highway kt Jepun.kkkk. Pemandangan kampung kt sini pon tenang je. Gelak je Mayumi bila aku kate best hometown die, sebab die kate xde ape menarik.lol. Menarik la bg aku, x ramai orang,dan takkan jem.kui3.








Sesampai je, Mayumi bergegas masuk kedai buat rice cracker tu, kami bergegas amik wudhu dan solat kt tepi blah luar kedai ni. Xde tempat khas, belasah je.kkkk. Mayumi dh siap belikan tiket, kami pun terus masuk dan mula process senbei sendiri. Panas wooo, tapi memang new experience. Terbaik la. Menurut Mayumi, die pon 1st time pergi kedai ni.hahahaha. Name kedai ni, Bakauke Circus, kedai jual senbei dan bole buat senbei sendiri. Bau wangi gile.




panggang rice cracker dulu, bentul love je memasing.kkk
fuh, panas weh.Focus!
lukis weh lukis


panas haba sampai gini muke aku.hahaha

cooler~~nk sejukkan plak.

tadaa~~~dh siap.Omiyage kami.Sankyu Mayumi ^^
Kedai pun dh tutup, kami customer terakhir.kkk
Terbaik! Pengalaman kt Niigata memang best! Sankyu Mayumi san , sudi bawak jenjalan. Memang x penah tau tempat2 yang dia bawak, heeee. I love Niigata yo!






Iklan: Besar Niigata Station ni, plus ramai gak budak2 muda yang boleh tahan ikemen. Pindah sini jela nanti.wakakakaka. Oh ye, shinkan balik dapat seat tingkat 2.yahuuuuu.

Bertolak dari Niigata Station pukul 6 camtu, sampai Tokyo Station dh pukul 8. Terus menuju ke Le Maison De Komagome. Perut lapar, ingat nk buat nasi lemak, apekan daya, tak jumpe santan dan timun. Ape yang ade jela labu.kkkk. Ok, jya!

Dinner Malaysia style.kkkk