Showing posts with label Japan Trip. Show all posts
Showing posts with label Japan Trip. Show all posts

Wednesday, December 16, 2020

Yufuin No Mori

 



Moshi Mosh!

15hari sebelum berakhirnya 2020. Terasa macam nak kongsi pasal trip awal tahun aritu.

Trip yang paling mencabar bagi aku. Semua pun mesti dapat teka kenapa kan. Ye, trip masa pandemic coronavirus. Kekeke. Tapi aku bukan nak cerita pasal ape cabaran trip ni, tapi sebagai train otaku, seperti biasa aku rasa nak share pasal salah satu joyful ride masa di Kyushu aritu.

Yosh! Kyushu ni memang terkenal dengan joyful ride train. Banyak gila train yang best dan menarik untuk dinaiki. Macam biasa, ape yang diperlukan adalah JR Pass. Kali ni hanya 5 hari di Kyushu, maka JR Pass yang paling sesuai adalah tak lain tak bukan JR Kyushu Rail Pass 5 hari. Cara nak dapatkan ni, boleh la refer kat pakcik google, or kalau korang rajin, beleklah entry aku yang dulu2.Hahaha















Seeloknya untuk naik Yufuin no Mori ni, silalah buat reservation terlebih dahulu. Bukan apa, takut plak frust kalau main redah dihari kejadian. Selalunya memang akan fully booked. Reservation boleh buat online atau pun di station JR berdekatan. Disebabkan aku ada aim peribadi iaitu aku nak seat belakang driver, maka aku dengan gigihya buat tempahan sebulan awal. Kekekeke. Kenapa nak sangat tempat duduk belakang driver? Sebab aku nak belajar cemana drive ketapi. hahaha.Ok tipu. Sebab aku google, katenye best seat kalau Yufuin no Mori ni belakang driver. Mungkin sebab view kot? Well, sebab gigih kan, maka aku dapatlah secured seat belakang driver. Mujur ada 1 seat yang masih kosong, so sis gamble. Comrades yang lain duduk belakang kekekeke.

Ni station yang stop untuk Yufuin No Mori

Source: https://www.jrkyushu.co.jp/english/train/yufuin_no_mori.html

Untuk online reservation, ada tambahan tambang 1000yen. Maka aku pilih satu kali jela nak naik kan. Lagipun masa pun suntuk. Dari Hakata Station ke Yufuin Station, perjalanan lebih kurang 2 jam. Yufuin no Moru ni pun ada schedule tertentu, silalah refer JR website dan plan trip seadanya.

Pukul 9pagi dah pacak dekat station, tak lain tak bukan, untuk amik video train handsome ni. Ramai umat pun boleh tahan, aku pasti fully booked. Nak amik video pun kena carik port. hahahaha.

Hakata Station

























Port nak amik video



















Tepat 9.24pagi, yang ditunggu pun tiba. Kakkoi seh. Video satu kali.



Train kat sini tak berhenti lama, so kena terus naik. Nak bergambar ke ape, kita tunggu dekat next station iaitu Yufuin.

Sepanjang perjalanan dari Hakata ke Yufuin ni, boleh la menikmati pemandangan kampung dekat Kyushu ni. Bila ada port yang best, staff akan gtau.Ape yang menarik etc. Ada kantin jugak dalam train ni, jual makanan, jual cenderahati. Boleh la jamu mata sambil menghabiskan duit. kekeke.

Ok belanja gambar dulu.

Ready, set, ikuzo!
























Tempat driver















Selain tu, pada pengumpul cop mohor, jangan lepaskan peluang untuk collect cop tersebut. Ada dalam train ni, tapi kena lah jalan cikit ye. 

Disebabkan aku duduk belakang driver, ada satu stop ni driver bertukar. Aku tak ingat station mane. Kalau tak duduk belakang driver, mungkin tak perasan. Masa tak lame pun, dorang tabik2 spring sesama dorang, then tukar then zasss.

Lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dalam train ni. Staff akan datang tanya dan mereka akan tolong amikkan gambar untuk kenangan. Bagus jugak service ni, so takdelah kekok sangat kalau amik sesama sendiri. Kang memekak plak hahahaha.

Pandangan aku pasal Yufuin no Mori ni, sangatlah berbaloi. Rugi kalau tak naik kalau dah ada kat Kyushu. Kalau dah ada JR Pass tu, silalah cuba sekali. Paling best aritu, masa dalam train, boleh plak salji turun sepoi2 bahasa. Fefeeling la cikit. 

Ok cukuplah setakat ini. Lagi skali, jom usha gambar hehehe. 



























Kantin




Menu, tak boleh kutip bawak balik ye kkk


























Free card
























Cop mohor kekekeke


 




Ni yang staff offer amikkan gambar kkk

















Feeling seat belakang driver:


Feeling salji turun:


Setelah 2 jam, akhirnya sampai di Yufuin. Kali ni train berhenti lama, pada yang nak bergambar untuk kenangan, dipersilakan. Sebab ramai orang, so pandai2 lah amik turn ye. Tiba di Yufuin dengan salji, fufufufufufu, what an experience! Jya!

Yufuin No Mori
Yufuin


Monday, October 8, 2018

Japan Trip 2018: Shibazakura Festival ( Mt Fuji)


Mt Fuji, the heart of Japan.

Shibazakura Festival is a limited time event during spring season in Japan. 

Salah satu event yang memang dalam bucket list untuk dilawati jika ada kesempatan. Alhamdulillah, kena masa dan tarikhnya maka kami dapat merasai pengalaman festival ni masa trip yg lepas.

Mt Fuji ni pon agak malu2 kucing tau, so kalau nk tgk beliau kena tgk masa dan cuaca jugak. Nak kate senang, tidak juga. Rezeki mungkin. Tapi kami memang jenis monitor keadaan cuaca dan keadaan awan di Shizuoka hari2. Bukan ape, taknak frust jika ke sane, fuji-san ini menyorok dari kami.heeee.

Sabtu pagi, bila tgk cuaca hari itu terang, kami pun berangkat ke Shizuoka. Senang ke festival ni adalah dengan menaiki bas, tapi sebab kami last minit maka tiket bas habis. Jadinye, terpaksa lah menaiki train. Hari sabtu, festival event, sememangnya ramai orang. Nasib tak berape nk baik, maka berdirilah kami selama sejam dalam train.hahahaha ( dari Shinjuku ke Otsuki).

Sesampai Otsuki, kena tukar local train untuk ke Kawaguchiko Station , station yang paling dekat dengan Mt Fuji. Bila sampai Otsuki ni, boleh agak dah mt fuji malu ke tidak. Sebab? Akan nmpk kelibat beliau dari dalam train lagi.hehehe.

Ok, kite kasi tengok kelibat Mt Fuji dari dalam train kt bawah ni:

Otsuki Station

Fuji-san local train
shibazakura festival poster



muke semasing tak sabo dh nk jumpe fuji-san
nampak dh sipi2 fuji-san

orang2 yg duduk sini mesti tak heran dh dgn mt fuji ni.hahaha






SubhanaAllah! Memang lawa dan tersergam indah, walaupon kt dalam train. Gambar2 atas ni tak dapat nk menggambarkan gah nye Mt Fuji ni. Clear gile view. Memang tak sabar rasa nk sampai kt kawasan festival.

Sesampai station, dah ramai orang dan kami tak buang masa. Terus tanya orang bus stop no berape untuk ke shibazakura festival. Sebab ini kali kedua aku kt sini, so selok belok station dh tau la cikit.hehehe. Sementara beli tiket bas, ku suruh geng2 lain beratur dulu. Bukan ape, ramai katenye. Taknak lah masa habis dgn menunggu bas je.

Lega dpt tiket, bas pon sampai, so kami naik dan menuju ke tempat festival. Jalan sesak tapi sistematik, Bese lah Japan kan.hehehe. Dari kawaguchiko station ke shibazakura festival tu, makan mase dlm 40 minit. Bas memang penuh, kami pon duduk extended seat.Memang pengalaman baru.hik3.

Tiba! Tiket bas tadi sekali dengan entrance fee, maka tak perlu beli dah. Tunjuk tiket dan boleh la berjalan2. Tak besar mana, tp kena lah pusing habis.heeee. Jom layan gambar.

pape posing dulu kih3.


kalaulah boleh pegang bebetul puncak fuji-san tu.ahaha

double mt fuji, creative gak

jelas, nyata dan terang Mt Fuji dan keluasan festival shibazakura
pink moss? ntah aku tak paham.hahahaha


sesetengah kawasan bunga dh xde.sob sob sob
port amik gambar berbayar..1000 yen.



Siap!
ok, ni tempat makan..mcm2 ade.hehehe.


Dah puas berjalan dalam 45 minit ke sejam, kami pegi ke kawasan lepak dan makan. Memang dh sesiap bawak bekal sebab ku rasa tak byk makanan yg safe untuk dimakan.hehehe. Dapat port, bekalan dibuka. Tup2 tengah makan, terjumpe plak dgn pakcik2 yg satu flight dgn kami. Sembang2 la kejap.Nampak gak 2-3 grp malaysian yg lain, tp mcm x berape mesra alam. Geng pakcik ni je cool, drg dtg sbb kerja. Gaya2 mcm org besar2 gak rasanye. Siap tanye bekal masak kt mane sume, tak mengundi ke ape.hahaha. Kantoi!

dango! ok ini safe utk dimakan.hehehe

strawberry mochi

comel sgt, nk makan pon sayang



bekal..simple tapi kenyang.kkkk

kedai mochi n dango, kena beli gune mesin dulu pastu tunjuk tiket kt 

posing sebelum balik.

jya nee Fuji-san
Balik ke Tokyo, kami naik bas sebab beli tiket awal ( gamble je). Mujur tak cancelkan aritu. Lame gak lepak2 kt festival ni. Memang tak bercadang nk ke tempat lain sebab dh cover mase trip dulu2 + bajet pon x bape nk ade.hahaha.

Bas balik ke Tokyo memang sangat selesa, siap boleh pilih preferred seat ( woman only). Luas dan selesa juga. Sepanjang perjalanan lebih kurang 2 jam setengah tu boleh layan pemandangan or tido.Kih3.

jya nee fuji-san


Oh ye, untuk segala info Shibazakura Festival ( ticket, transport, schedule, etc) , boleh refer sini >>> http://www.shibazakura.jp/eng/

My aim for next trip pulak, nk duduk 2-3 hari area Shizuoka ni, lepak2 area kampung. Mesti chill gile.

Jya!