Tuesday, May 9, 2017

2017 Umrah dan Ziarah Kota Mekah & Madinah ( Arab Saudi)




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, rezeki Allah panggil untuk menjejak kaki di bumi barakah Mekah dan Madinah pada April 2017. Maka bolehlah share ape2 yang patut, dan juga untuk simpanan diri sendiri (maklumlah umur dah meningkat ni, sume bende nak lupe.kkkk)

12 malam 10 hari bersama Andalusia Tours And Travel sepanjang kami sekeluarga berada di sana. Dengan Andalusia ni, ada pilihan charter flight ( hanya membawa jemaah umrah sahaja) maka pergi dan balik dari Madinah; Prince Mohammad bin Abdulaziz Airport. Airport baru, so tak ramai, tak sesak n mudah urusannye.

Prince Mohammad bin Abdulaziz Airport
Tiba jam 5.15pm waktu Madinah
 Madinah - 5 hari 4 malam (11 April - 15 April 2017)

Subhanallah, teruja sungguh pertama kali melangkah masuk masjid nabi, Masjid Nabawi. "Assalamualaika Ya RasulAllah" . Macam2 perasaan dalam diri. Malam pertama baru sampai, Mutawif bawak pusing2 dalam masjid ( ziarah dalam), explain ape patut sampailah solat isyak berjemaah.

Nampak kubah hijau tu? Kat situ lah terletaknye makam Nabi Muhammad SAW
Hari kedua, aktiviti pagi selepas subuh , jemaah wanita dipimpin Ustazah menziarahi taman syurga, iaitu Raudhah. Untuk yang pertama kali, memang disarankan untuk ikut je kumpulan. Yelah, selok belok masjid pon belum arif lagi. Nak masuk ke Raudhah utk perempuan ni, ade masa2 tertentu. Lepas subuh, lepas zuhur dan lepas isyak sahaja. Untuk lelaki takde masalah, bila2 masa boleh masuk. 

Lepas asar, cadangnya nak masuk Muzium nama Allah n Nabi tapi sebab terlalu ramai orang, cadangan tertutup. Mungkin lain masa, inshaallah. Muzium ni terletak dekat pintu no 13 ye.
 
Hari ketiga, aktiviti ziarah luar iaitu melawat Masjid Quba. Masjid Quba ni masjid tertua dan pertama ni Madinah. Mutawif awal2 dah pesan, amik wudhu siap2 di hotel, bila sampai masjid terus buat solat sunat. Kenape? Pahalanya sama seperti satu umrah ( ini keistimewaan penduduk Madinah bak kate mutawif).


Masjid Quba
Tempat seterusnya, menuju ke Ladang Kurma; kalau nak beli/borong kurma kat sini ade banyak pilihan. Selepas sejam, menuju pula ke  Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh. Yang ni hanya lalu sahaja, tengok dari dalam bas. 

Masjid Qiblatain
Jabal Uhud, destinasi seterusnya. Jabal Uhud; dimana berlakunya perang uhud dan ada perkuburan syahid di sini. Walau suhu masa ni mencecah 46 darjah celcius, bila mutawif cerita pasal perang uhud dan sahabat2 yang syahid kat sini, ape la sangat nak banding dengan pengorbanan sahabat2 nabi ni kan. Destinansi terakhir sebelum balik ke hotel, singgah ke Pasar Kurma pula. Pasar kurma ni dekat je, boleh jalan kaki kalau larat.kkkk

Jabal Uhud
, Bukit yang kiri tu yang tinggi sekali, tempat pasukan pemanah semasa perang uhud.

Perkuburan syahid perang uhud. Saidina Hamzah, bapa saudara nabi disemadikan di sini.
Hari keempat, aktiviti lepas subuh adalah ceramah dan bacaan yasin n tahlil. 

Basically dekat Madinah ni tak penuh sangat aktiviti, maka boleh fokus untuk solat di masjid n iktikaf di masjid. Ikut masing-masing punye jadual. Hotel di Madinah kami ialah Mawaddah al-nour , lebih kurang 150meter sahaja dari Masjid Nabawi, pintu no 15. Jemaah agak ramai sebab bulan Rejab, maka disarankan keluar sejam awal sebelum azan kalau nak solat dekat depan n dalam masjid. Oh ye, air zamzam dekat Madinah ni hanya terletak di dalam masjid sahaja.

Makan minum kalau ikot package ni disediakan, so tak perlu pikir. Sarapan (lepas subuh), makan tengahari (lepas zuhur) dan makan malam (lepas isyak). Aktiviti kat sini memang pergi masjid, makan, rehat kejap, g masjid balik. Tak payah pikir pape. Lepas asar tu kalau malas nak balik bilik, boleh jalan2 makan aiskrim.kkkk


Waktu Solat di Madinah, pepandai nak buat jadual g masjid pukul berape
Hari kelima, hari Jumaat, maka berkesempatan solat jumaat di Masjid Nabawi. Kat sini, jemaah wanita boleh solat jumaat. First time seumur hidup aku join solat jumaat. Heee. Kalau nak solat dlm masjid utk solat jumaat ni, kene pergi 2-3 jam sebelum. Sebab kami pergi sejam awal, dalam masjid dh penuh. Maka solat dekat luar lah kami . Oh ye, khutbah dalam arab lah ye.Heee.

Solat kat luar masjid, saf di carpet2 merah tu
Selepas solat jumaat, bersiap2 utk check out dan berpakaian ihram untuk menuju ke tanah haram Mekah Al Mukarramah. Dari Madinah ke Mekah, naik bas dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Kami bertolak 2.30 petang dari Madinah, tiba di hotel Mekah lebih kurang 9.00 malam.

Ok, ni je gambar2 yang sempat amik masa di Madinah. Tak banyak mane pon, tp bolehlah nak dikongsi bersama.

p/s- Payung Masjid Nabawi tu buka dalam pukul 6 pagi camtu ( waktu syuruk). Tutup plak dalam pukul 6 petang ( sebelum azan maghrib). Kalau sape2 nak tgk live payung ni dibuka n ditutup, boleh aim mase tu. 

Payung dah kuncup, malam di Masjid  Nabawi
                                               




Siang di Masjid Nabawi

Dalam Masjid Nabawi

Masjid berhampiran Jabal Uhud


Mekah Al-Haram - 7 hari 7 malam (15 April - 21 April 2017)

Tiba di hotel Mekah Haneen Firdaos lebih kurang 9 malam. Check in sume, rehat kejap pukul 11 malam kena turun lobi dah untuk Umrah pertama. Kenape buat malam tu jugak? Sebab dah berniat umrah di Masjid Bir Ali (miqat) kt Madinah tadi, so dah dalam ihram. Bila dalam ihram ni, pantang larang dalam ihram kena jaga. Jadi mutawif kata seeloknya kite selesaikan umrah kite malam ni juge.

Selesai taklimat cikit dari mutawif, kami sekumpulan bergerak ke MasjidilHaram. Nebes gile rase, nak tengok live Kaabah. Jarak hotel ke masjidilharam lebih kurang 350 meter. 

Subhanallah! Ramainya manusia dari seluruh pelosok dunia walaupon dekat 12.00 tengah malam. Memang berganda2 kalau nak bandingkan dengan Madinah. Al-Haram sememangnya sangat besar. Masyaallah!

Lebih kurang pukul 3 pagi, alhamdulillah selesai umrah pertama kami. Balik bilik kejap, lepas tu ke masjid balik utk solat subuh pertama di Al-Haram.

Mak Ayah selepas umrah pertama
Hari kedua takda aktiviti, hari berehat untuk para jemaah umrah. Penting rehat ni sebab nak recover tenaga semalam yang 8 jam atas bas dan tak tido sepanjang malam untuk selesaikan umrah. Maka hari kedua pergi balik masjid sahaja.

Hari ketiga ada ziarah luar. Tempat pertama adalah Jabal Tsur, tempat RasulAllah bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dari kaum Quraisy. Lupe sejarah ni? Ha boleh bukak kitab sirah zaman sekolah rendah ye.kkk 

Jabal Tsur, bas kami berhenti blah sini, selalu blah lain ( mutawif cakap)
Tempat seterusnya adalah Arafah, Mina, Muzdalifah dan Jabal Rahmah. Arafah, Mina n Muzdalifah ni akan penuh dengan jemaah masa musim haji sahaja. Masa kami ziarah, sunyi takde sape2.Ade khemah2 sahaja. Jabal Rahmah terletak bersebelahan padang Arafah. Bolehlah panjat bukit tu kalau ade kesempatan. Jabal rahmah ni tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa.


Khemah di Muzdalifah

Tempat melontar di Mina
Jabal Rahmah
Selepas itu, kami berangkat ke tempat miqat untuk berniat umrah kedua iaitu Masjid Jaaranah. Umrah kedua kami start selepas zuhur dan alhamdulillah selesai selepas asar.

Hari ke-empat selepas subuh kami berangkat ke tempat miqat paling dekat dengan Al-haram iaitu Masjid Tanaim untuk berniat umrah ketiga. Umrah ketiga dan last untuk umrah secara berkumpulan. Selesai umrah sebelom solat zuhur.

Oh ye, yang lain cikit umrah ketiga ni, kami saie naik scooter. Tempat saie scooter ni atas sekali, kene bayar seorang 50 riyal. Memang lain pengalamannye.kkkk

Pemandangan Mataf dari atas, on the way ke tempat saie scooter
 
ha pilih nak naik mane.kkkk

Mutawif kata, amik la sekeping dua keping gambar, last umrah secara berkumpulan. Ni sebelum mula umrah, lebih kurang 9 pagi waktu Mekah.
Lepas isyak berkesempatan reunion dengan member KKB, Wani kemba. Lame gile tak jumpe die ni, rasenye last masa amik result SPM dulu.hahaha. Best betul dapat duduk n kerja dekat Mekah ni. Tempat perjumpaan semestinya di Safwa Tower, ada restoren Disaji kat situ, restoren melayu. Kasi pekena roti canai n teh ais la kan.Heee

Ada rezeki, kite jumpe lagi beb!
 Hari kelima ada aktiviti ceramah/bacaan yasin selepas subuh dan ziarah luar pilihan selepas zuhur. Yang ni tak termasuk dalam pakej Andalusia. Kalau nak join, kena tambah 25 riyal seorang. Ziarah luar ke Muzium Haramain dan Hudaibiyah. Hudaibiyah ni tempat perjanjian Nabi Muhammad SAW dengan kaum musyrikin Mekah pada tahun keenam hijrah. Kalau bukak kitab sirah, carik Perjanjian Hudaibiyah.


Pintu masuk Muzium Haramain, muzium berkaitan dengan MasjidilHaram dan Masjid Nabawi

Hudaibiyah, tinggal kesan cikit sahaja
Masjid Hudaibiyah, solat asar disini
Sepanjang ke sini, memang pemandangan padang pasir. Ada jugak nampak dari jauh ladang unta. Sekarang tak dibenarkan melawat ladang unta atas sebab2 kesihatan. Nak beli susu unta juga disini ada jual.Hudaibiyah juga salah satu tempat miqat umrah, so sape2 yang nak buat umrah seterusnya boleh berniat di sini.

Gambar screen shot dari video
 

Lepas Isyak, join ekspedisi Gua Hira. Yang ni pon pilihan, sape2 yang nak join kena bayar 25 riyal. Pukul 10.30 malam baru bertolak dari hotel menuju ke Jabal Al-Nour. Nak panjat jabal nur ni, memang kene malam la kan. Kalau siang, pandang dari bawah jelah.kkkk

Fuh! Pengalaman memanjat jabal nur dan turun ke Gua Hira ni memang kena try. At least sekali seumur hidup. Gua Hira; tempat RasulAllah beruzlah dan menerima wahyu yang pertama. Nak ke kaki bukit jabal nur ni, kena naik van yang ala2 roller coster. hahahaha. Nak tau camne rasa roller coster tu, mmg kne join.

Sejam setengah mendaki, baru sampai ke puncak Jabal Nur ni. Dekat atas tu, boleh solat sunat sume. Masyaallah, pemandangan Kota Mekah sangat2 indah dari atas puncak jabal nur ni. Nak ke Gua Hira', kene turun bawah cikit. Dalam Gua Hira tu boleh solat sunat bergilir2 ( ade 2 sejadah, so 2 orang je muat untuk solat pada masa yang sama). Yang sangat2 amazing, kiblat dalam gua hira' ni memang betul2 mengadap kaabah.Allahuakbar!

Kota Mekah
Pemandangan dari atas jabal nur

Gua Hira, masa ni tak turun lagi sebab penuh jemaah lelaki
Hari Keenam, takda aktiviti khas. Jemaah bebas untuk susun sendiri aktiviti masing2. Masa ni batuk dah mula, kakak aku pon dh start demam. Mak Ayah je sihat lgi. Mujur la dah last day dan umrah sume dah selesai.

Malam lepas isyak, jumpe Azarinah, member Basf. Seronok sungguh jumpe orang2 yang dh menetap kat Mekah ni. Bila2 boleh datang Al-Haram. Kite jumpe lagi masa raya nanti ye Rina. Insyaallah.
Malam terakhir di Mekah, rasa macam kejap gile. Esoknye nak bertolak balik dah.huhuhu


Thanks Rina bagi dessert Jeddah. Sedap betul.
Hari Ketujuh, hari terakhir sebelum bertolak balik Malaysia. Bas bertolak pukul 9 pagi, maka tawaf wida kami buat selepas subuh. Masa ni memang sangat2 ramai di mataf. Banyakkan bersabar.Hee.

Pukul 9 pagi, bas bertolak ke Madinah. Kami pulang dari Madinah juga, so 8 jam lagi dalam bas. Pengalaman yang sangat tak dapat dilupakan.

22hb Apr 2017, 10.30 pagi selamat tiba di KLIA.

Di Mekah, same macam di Madinah. Sejam sebelum azan dah kene menuju ke masjidilharam kalau nak solat di dalam. Susun jadual masing2 ye. Cuma di masjidilharam lagi besar, so kalau nak mudah, ingat pintu masok nombor berape, keluar pon ikut pintu yang sama. 

Hotel Haneen Firdaos ni, landmark die kne menuju ke menara jam. Dari situ, terus je jalan. Insyaallah tak sesat ^^

Menara jam
Pengalaman selama berada ni bumi Mekah dan Madinah ni memang sangat2 tak dapat dilupakan. Semoga dijemput Allah ke sana lagi untuk Haji dan Umrah seterusnya. Amin.

p/s- 
- Untuk wanita < 45tahun nak menunaikan umrah/haji, wajib bawa mahram bersama. 
- Kursus umrah di Andalusia free, tiap2 minggu ada di semua branch. Maka boleh pergi bila2 dan banyak kali. 

Ok, share gambar ^^

Kaabah; Gambar ni ambik selepas selesai umrah pertama, lebih kurang 3 pagi. Allahuakbar!

Kaabah; pukul 11.30 pagi
Dalam masjid


 


Mak Ayah di Jabal Rahmah

Mutawif yang pakai kopiah tu, tengah bercerita mengenai Jabal Tsur
Me, with Jabal Rahmah.
Naik scooter.heee
Candid depan masjidilharam, with Wani

Background wajib kate Wani.kkkk
Pekena roti canai kt sini
Di Muzium Haramain, Al-quran zaman Saidina Uthman. Boleh baca?
Pintu masjid, di Muzium Haramain
Makam Ibrahim
Gua Hira'

Di puncak jabal nur
Night view of Makkah
Moga ada rezeki untuk ke sini lagi. Amin