Kembali! Nope, bukan kembali untuk travel, tetapi kembali menulis blog.Hihihi.
Dah lama nak berkongsi cerita, tapi asyik tak jumpa masa.
Ok, kali ni nak share trip Europe masa 2019. Europe memang tak pernah masuk dalam list aku. Sebab ape? Tak taulah, mungkin tak berape minat kot. Mana tak, kepala aku asyik jepun korea jepun korea. Lol. Bila member kkbians usulkan masa 2017 ( kalau x silap) , maka sampailah kaki di Europe.
Grootschermer. Memang tak pernah dengar. Kenape tiba2 masuk list? Alkisahnya, aku memang dah set kalau pegi Netherlands, takmo stay kat city dia, Amsterdam. Bukan apa, kalau duduk kat bandar ni, sibuk dia lain macam. So aim aku, nak rasa duduk kampung dan tenang2 saja. Dan konsep Europe trip aku adalah stay airbnb. Dari airbnb lah dapat tau pasal Grootschemer ni.
All set, makanya tibalah kami di Netherlands. Dari Amsterdam Central nak ke Grootschermer, kena naik bas. Dalam sejam jugak. Station bas pun dalam Amsterdam Central tu je. Apa2 pegi terus Tourist Information kat situ dan terangkan nak ke mane, plan ape. Dorang akan suggest pass mane patut, nak guna bas ape, train ape etc.
Amsterdam Central > Grootschemer. Takda bas direct. Kena tukar 2 kali dan ada timing. So pepandai set masa, kalau terlepas tu, diharap bersabar menunggu.
Ok bawah ni kedudukan Grootschemer . Boleh nampak tempat ni actually dekat dengan Alkmaar, salah satu tempat femes gak kt Netherlands.
|
Tourist Information |
|
Ada tulis nombor bas |
|
Bus station, tunggu tepi ni je. Takde tempat duduk, so kena pandai2 la bajet masa. Jangan awal sangat. |
|
Dalam bas, ada nama station. Kasi alert supaya tak kalut |
|
Bas 305 |
Lebih kurang sejam , tiba di destinasi pertama. Bukan Grootschemer, tapi Wollandje. Dari sini kena amik bas lagi satu untuk sampai Grootschemer. Kisahnya kami terlepas 5 minit kot, maka kena tunggu lama sebab bas nak ke situ sejam sekali. Haha, sebab tu ku kata, sila bawak bersabar.
Dekat situ, dah boleh rasa ketenangan sebab takde orang weh. Lain sungguh kalau nak banding dengan city tadi. Ade beberapa orang berjalan bawak anjing jalan, sempat la senyum kat kitorang. First impression aku dah rasa selesa. Hihihi.
Oh lagi satu nak kongsi, naik bas tadi, setiap kali naik bas, setiap kali tu driver bas akan sapa. Sorang2 ye. Driver akan cakap, Hello. Dan bila nak turun, penumpang tekan loceng dan angkat tangan kt driver. Sis kagum 1 minit. Lain tempat, lain budaya.
|
Bus stop ini kami yang punya hahahaha |
|
Pape selfie dulu |
|
Sepi tanpa manusia hahaha |
Sejam menanti, akhirnya bas sampai. Mula2 macam pelik, sebab bukan bas yang tiba. Tapi macam mini bus. Disebabkan masa tu dalam 3.18 petang, bukan peak hour. So tak ramai, maka mini bus sahaja dorang gune. Dalam tu ada dalam 6 seat. Driver bus pun sangat ramah, siap special service berhenti betul2 depan rumah. Host airbnb pun terkejut.hahahaha. 5 bintang!
|
Mini bus |
|
Bayar tambang guna cash/card credit |
Akhirnya dalam 15-20 minit, kami tiba di Grootschemer! Host memang dah tunggu. Bila bus berhenti depan rumah, terus macam seronoknya! Dapat merasa duduk kat sini.Lega! Walaupun perjalanan jauh, tapi sangatlah berbaloi.
Meh tengok kawasan airbnb kami.
Ni area depan rumah host kami.
|
Tepi jalan kecik, bas berhenti betul2 kat sini, depan rumah host |
|
Bas stop, hanya ade tiang ni. |
|
Pemandangan depan rumah, Boat tu host kami punya. |
|
Duduk sini 3hari 2 malam, tak puas! |
|
Ada buaian |
|
View ni dari belakang |
|
Kincir angin ujung tu, boleh naik canoe ke sane. |
|
Ni rumah host |
|
Ni rumah kami, depan tu siap ade sauna room |
|
Tenang |
|
Damai |
Tenang kan? Mana nak dapat view camni selalu. Berbaloi2. Cuma ralat cikit sebab tak dapat nak explore sangat sebab banyak masa keluar. Di Netherlands pun tak lama, mungkin boleh ke sini lagi. Pasang angan2 ape salahnya kan.
Bila berborak dengan host, Helma, dia satu family memang sengaja pilih untuk settle down kat sini lepas husband dia retired. Husband dia dulu Sailor. Dorang nak rumah yang dekat dengan air, so ada boat sendiri, boleh stay dalam boat bila ada masa lapang. Cool gila dengar cerita dia. Setiap rumah kat sini memang ade boat dan canoe. Tengoklah belakang rumah kan.
Oh ye, kan ade kincir angin nun kat belakang rumah tu. Helma suruh kami naik canoe pi sana, jalan2. Dia kate kat situ ade rumah pemuzik. Dia cari ilham buat lagu kat situ. Kadang2 ada performance skali. Tapi apakan daya, tak nyempat weh nak pi sane.hahahaha. Time, where are you? lol
Sambung lagi gambar.
|
Dari dalam rumah |
|
Feeling cikit |
|
Matahari dah muncul, mase ni lepas subuh. |
|
Sebenarnya depan mata lagi subhanallah! Camera tak dapat view yang sama. |
|
Sepetang lepas balik berjalan. |
|
Ada kawan tiba2 muncul. hihihi. Canoe tu host punya jugak. |
Apa2 pun, pengalaman baru yang sangat berharga dapat kat sini. Bila travel, penat tu ada. Tapi bila balik penat tu, nampak pemandangan macam ni, penat tu hilang la cikit. Plus, penat balik cemana pun, ko akan lepak duduk diam pandang alam. Gituhhh.
Ada rezeki, moga ketemu lagi, Grootschmer.
Bonus; terimalah photoshoot dari aku.hahahahahaha. Time kasih kawan2 sudi melayan. Kah3.