Wednesday, December 16, 2020

Yufuin No Mori

 



Moshi Mosh!

15hari sebelum berakhirnya 2020. Terasa macam nak kongsi pasal trip awal tahun aritu.

Trip yang paling mencabar bagi aku. Semua pun mesti dapat teka kenapa kan. Ye, trip masa pandemic coronavirus. Kekeke. Tapi aku bukan nak cerita pasal ape cabaran trip ni, tapi sebagai train otaku, seperti biasa aku rasa nak share pasal salah satu joyful ride masa di Kyushu aritu.

Yosh! Kyushu ni memang terkenal dengan joyful ride train. Banyak gila train yang best dan menarik untuk dinaiki. Macam biasa, ape yang diperlukan adalah JR Pass. Kali ni hanya 5 hari di Kyushu, maka JR Pass yang paling sesuai adalah tak lain tak bukan JR Kyushu Rail Pass 5 hari. Cara nak dapatkan ni, boleh la refer kat pakcik google, or kalau korang rajin, beleklah entry aku yang dulu2.Hahaha















Seeloknya untuk naik Yufuin no Mori ni, silalah buat reservation terlebih dahulu. Bukan apa, takut plak frust kalau main redah dihari kejadian. Selalunya memang akan fully booked. Reservation boleh buat online atau pun di station JR berdekatan. Disebabkan aku ada aim peribadi iaitu aku nak seat belakang driver, maka aku dengan gigihya buat tempahan sebulan awal. Kekekeke. Kenapa nak sangat tempat duduk belakang driver? Sebab aku nak belajar cemana drive ketapi. hahaha.Ok tipu. Sebab aku google, katenye best seat kalau Yufuin no Mori ni belakang driver. Mungkin sebab view kot? Well, sebab gigih kan, maka aku dapatlah secured seat belakang driver. Mujur ada 1 seat yang masih kosong, so sis gamble. Comrades yang lain duduk belakang kekekeke.

Ni station yang stop untuk Yufuin No Mori

Source: https://www.jrkyushu.co.jp/english/train/yufuin_no_mori.html

Untuk online reservation, ada tambahan tambang 1000yen. Maka aku pilih satu kali jela nak naik kan. Lagipun masa pun suntuk. Dari Hakata Station ke Yufuin Station, perjalanan lebih kurang 2 jam. Yufuin no Moru ni pun ada schedule tertentu, silalah refer JR website dan plan trip seadanya.

Pukul 9pagi dah pacak dekat station, tak lain tak bukan, untuk amik video train handsome ni. Ramai umat pun boleh tahan, aku pasti fully booked. Nak amik video pun kena carik port. hahahaha.

Hakata Station

























Port nak amik video



















Tepat 9.24pagi, yang ditunggu pun tiba. Kakkoi seh. Video satu kali.



Train kat sini tak berhenti lama, so kena terus naik. Nak bergambar ke ape, kita tunggu dekat next station iaitu Yufuin.

Sepanjang perjalanan dari Hakata ke Yufuin ni, boleh la menikmati pemandangan kampung dekat Kyushu ni. Bila ada port yang best, staff akan gtau.Ape yang menarik etc. Ada kantin jugak dalam train ni, jual makanan, jual cenderahati. Boleh la jamu mata sambil menghabiskan duit. kekeke.

Ok belanja gambar dulu.

Ready, set, ikuzo!
























Tempat driver















Selain tu, pada pengumpul cop mohor, jangan lepaskan peluang untuk collect cop tersebut. Ada dalam train ni, tapi kena lah jalan cikit ye. 

Disebabkan aku duduk belakang driver, ada satu stop ni driver bertukar. Aku tak ingat station mane. Kalau tak duduk belakang driver, mungkin tak perasan. Masa tak lame pun, dorang tabik2 spring sesama dorang, then tukar then zasss.

Lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dalam train ni. Staff akan datang tanya dan mereka akan tolong amikkan gambar untuk kenangan. Bagus jugak service ni, so takdelah kekok sangat kalau amik sesama sendiri. Kang memekak plak hahahaha.

Pandangan aku pasal Yufuin no Mori ni, sangatlah berbaloi. Rugi kalau tak naik kalau dah ada kat Kyushu. Kalau dah ada JR Pass tu, silalah cuba sekali. Paling best aritu, masa dalam train, boleh plak salji turun sepoi2 bahasa. Fefeeling la cikit. 

Ok cukuplah setakat ini. Lagi skali, jom usha gambar hehehe. 



























Kantin




Menu, tak boleh kutip bawak balik ye kkk


























Free card
























Cop mohor kekekeke


 




Ni yang staff offer amikkan gambar kkk

















Feeling seat belakang driver:


Feeling salji turun:


Setelah 2 jam, akhirnya sampai di Yufuin. Kali ni train berhenti lama, pada yang nak bergambar untuk kenangan, dipersilakan. Sebab ramai orang, so pandai2 lah amik turn ye. Tiba di Yufuin dengan salji, fufufufufufu, what an experience! Jya!

Yufuin No Mori
Yufuin