Monday, December 7, 2015

Japan Yokoso 2015 Day 5 :Part 7 Hiroshima,kirei~~!


Torii Gate Miyajima Island
Konbanwa~~

Teruskan #KembaraJufa2015 yo!

16/11/2015
Plan harini sebenarnya nak jumpa Harry Potter dekat USJ ( Universal Studio Japan). Memang dah pergi dan sampai USJ pon, tapi masyaallah baru pukul 7 pagi, penuh dah lautan manusia.Express pass pon dh habis, dah kami tak sanggup nak harungi kesesakan kt dalam, maka plan tukar. Memang trip adalah free & easy, so mmg xde hal.

Tips - Sila check public holiday Japan, kalau PH hari Ahad, maka Isnin cuti ( mcm Malaysia gak). Elakkan pergi tempat2 mcm USJ, Disneyland time PH sebab memang sangat padat.

Ke mane kite? Fukuoka atau Hiroshima? Kami pilih Hiroshima sebab dah pukul 7.30 pagi dan perjalanan ke Fukuoka amik masa 3 jam. Dari Shin Osaka ke Hiroshima, perjalanan mengambil masa 80 minit dengan menaiki Sanyo Shinkansen ( Sakura ).

Sebenarnya nak ke mane kt Hiroshima ni? Banyak tempat boleh dilawati, tapi sebab kekangan masa, Miyajima Island menjadi pilihan. Dari Hiroshima Station, kene transfer JR Sanyo Line, menuju ke Miyajimaguchi Station ( dalam 25 minit).Dari sini,  kena naik feri untuk ke Miyajima Island(10-15 minit). Kos feri? Tak payah susah2, ade JR pass kan? Ha, sila naik JR Ferry, maka tak perlu bayar charge tambahan. Tunjuk je JR Pass tu ye.

Sanyo Shinkansen!Hey Captain!
Klasik sikit Miyajimaguchi Station ni.
Miyajima Island ni memang salah satu tempat terkenal dikalangan pelancong2 di Hiroshima. Bole refer sini untuk maklumat lanjut:

http://www.japan-guide.com/e/e3401.html#section_whatToSee

Miyajima Island ni terkenal dengan rusa-rusa bebas berkeliaran selain daripada famous Torii Gate yang terletak kat sipi laut( betul ke ayat ni?haha). Turun dari ferry, keluar dari station, dah bole nampak rusa2 tu. Ade yg lepak srg2, ade yg tidur, ade yang buat dekkk je.hahahaha

Jalan ke Ferry pier
JR Ferry
Pemandangan indah, subhanallah!
 Kedai cenderamata pon melambak kt sini, maklumlah tempat tumpuan pelancong. Ku perasan banyak sangat kuih bentuk maple kat sini, bau pon masyaallah, sedap gile. Tapi sebab malas nk belek ingredients dan jimat, pandang sepi jela.hahaha.Sepanjang jalan memang nampak kuih tu je.lol.


Atas feri, kak yat sorok badan.cait!haha
Ingatkan Thousand Sunny One Piece, kkkk
Sampai dah
Shida dan kawan barunya
macam macam kedai ade

kalau penat jalan, nk naik bende ni pon bole..bayar je.kkk

peace yo! we here at Miyajima Island yo!
Lepas peristiwa Nara Park 3 thn dulu, aku mmg trauma dengan rusa.Maka amik gamba jauh jela.haha
torii gate- checked!
sepatutnye nak buat gaya 2PM member, sebab depa dtg sini gak aritu.hahaha
Beautiful!Kalau air surut, boleh pergi sane.
Takde la lame sangat kat sini, sebab tempat x besar mane. Ade shrine gak kt sini, macam biasa, aku mmg x masuk.kui3. Dalam 2 jam je dah boleh settle pusing sini.



ha tu kuih bentuk maple tu.bau mmg harum.

jalan2 cuci mata jom!beli fridge magnet seketul ja.haha
sedap kate mereka2 ni.aku x makan.oyster segar!
Tengokla kawan2 ni..mmg merata mereka ni.



shrine



besar betul senduk kayu ni..ade simbolik pape kot?
ok, masa untuk pulang
 Settle pusing, kami pon berangkat balik ke Hiroshima Station. Satu je masalah Hiroshima Station ni, x berape nak muslim friendly sangat. Tempat solat khas takde, maka pepandai la krg nak carik port solat ye. Moga2 lepas ni Hiroshima station sediakan tempat solat macam Osaka & Kyoto, kami pon dh mencadangkan bende yg same pada orang2 yang berkenaan. Moga dipermudahkan ^^

Sampai Osaka Station dalam pukul 6 lebih, takde plan lain nak tuju. So pusing2 cuci mata kt Osaka Station City je. Tempat utama adalah lepak starbuck. Asyik rushing je kan, kena ade sehari yang kite rilek2 melepak minum kopi dengan tenang.hakhak


lip lap lip lap

Lega~~~
Ok, tu saje tempat yang berkesempatan lawati untuk hari ke 5 di Jepun. Jya!

Friday, December 4, 2015

Japan Yokoso 2015 Day 4 :Part 6 Takoyaki, Oishi!


Tako~~~~~yaki!

Sebelum cite psl takoyaki ni, meh sambung kejap.kkk.
Masih hari ke-4, selesai pendakian di Minoo Park, perjalanan diteruskan.
Kembali ke Osaka/Umeda Station, singgah solat sebentar kt Osaka Station City. Bagus gile Japan sekarang, kemudahan camni memang ade. Sangat2 digalakkan untuk download dan follow Halal Media Japan.

Refer sini : http://www.halalmedia.jp/archives/825/prayer-rooms-osaka-station-city-opened/


Prayer place kt Osaka Station City ni, dekat 1st floor. Tp kalau nk guna, kene pergi 3rd Floor, Information Counter dahulu. Drg akan check dan guide ke surau tu. Kne isi form ye. Nampak mcm remeh, tp kejap je pun. Drg nk monitor kot,sebab surau tu x besar mne, tp still separate lelaki dan perempuan ^^

Prayer Room directory
3rd Floor



Prayer Place Osaka City. 2 orang dak lelaki ni student, dari Kyushu ( Malaysian). Saing ktrg nk g solat.

Tempat wudhu, selesa!Air je sejuk.kkk

Tempat solat wanita, bole muat 2 orang sekali sembahyang
Settle solat, bergegas menuju ke Kyocera Dome Osaka.Lagi sekali?hahaha. Ape nk buat, Miyuki menang ballot 2 hari.kui3. Tp kali ni, geng2 pegi skali. Seat x same, rejeki aku ngan Palin dpt arena seat, layan jela kan.So i'm enough with anak2 serigala.lol

kyocera dome osaka
Walau 2 kali tgk anak2 serigala tu, ianya tak mendatangkan kekenyangan!hahaha. Maka lepas show, mari kita menuju ke Namba! Tempat famous kalau ke Osaka ni. Tempat shopping, tempat lepak dan tempat makan. Memang sesak jela kalau ke sini.hahaha. Nk ke Namba, boleh jalan kaki dari Shin Imamiya, tapi sebab ktrg dari Taisho, maka naik jela subway, Midosuji Line, turun Namba Station.

Disebabkan geng2 dh pegi semalam, maka lagi senang nk mencarik kedai takoyaki tu. selesai order, kasi makan weh!Makan panas2 memang nikmat abis.Alhamdulillah ^^

Oh ye, nak order takoyaki ni, special request untuk tak letak sos, soy sauce ngan halia. Sebab musim2 sejuk ni, selalunya depa campur ngan mirin ( sejenis alcohol). So jangan lupe request ye ^^

Ok, belanja gamba cikit.kkk

Kyovera Dome ( EXO concert )

Ni je mampu snap, tu pon lepas snap, dan2 mamat security enseng announce no picture pls.cait!
Tangkapan dari arena seat, kkkk.1st day nk cekau jauh plaks.
kemahen besar lori ekso
Namba/Dotombori


Glico Man!
Muke orang tengah lapar!hahahaha, kedai tako!
Menu, order2
Special takoyaki..tako nye mane? Blah bwh ni, atas tu telur separuh masak.
Normal takoyaki, ktrg makan kt meja luar tu je.hahaha.Tak masuk kedai pon
nak gak gambar kt screen ni.kkk
So, takoyaki osaka - checked! Sesambil jalan menuju subway, mata melilau tengok barang2. Tapi x membeli pon.kkkk. Mungkin kalau ade bajet lebih, shopping kt sini ok kot? lol.Mari pulang ke Yoccola Island. Jya!