Wednesday, December 28, 2016

2016 JufaYattBalikKorea - Day 5


Annyeonghaseyo!

Last part #JufaYattBalikKorea 2016 yo!

27/11/2016

Pagi2 lepas subuh dah gerak keluar. Gara2 semalam leisure sungguh, arini kena jalan banyak cikit. Banyak lagi list tak habis ni.lol

Destinasi pertama, breakfast di Hangang Park. Memang carik pasal la sesejuk ni, tapi bila lagi kan. Beli sesiap nasi tiga segi bersama banana uyu, kami gerak ke Hangang Park. Seoul Subway Line 5 Yeouinaru Station Exit 2, keluar dari station terus sampai dah Hangang Park.

Dari jauh nampak dah orang2 korea ni berjogging dan ada pulak tengah berkumpul. Ada marathon rupenye, tapi tak ramai sangat mungkin sebab cuaca sejuk dan baru pukul 8 pagi. Kami pusing2 amik gambar n lepak tepi sambil breakfast. Tenang je sini, release stress. Kalau tak sejuk dan rushing next place, memang lame dah lepak sini.

Oh kat sini gak ade tulisan I.SEOUL.YOU. Sebab pagi, maka lawa la amik gambar, takde la ramai orang menempel.kah3. Matahari pun baru nak naik, lawa je pemandangan.

Tangga pon ade corak2
Pemandangan dari atas, lepas keluar subway



Marathon

Jogging dan jogging lagi

Tenang dan nyaman


Matahari baru nak muncul

Muncul lah kamu!

Tada~~~

Kat bangku ni la kami lepak makan breakfast
Banana Uyu & Onigiri



Bentuk dinasour pokok2 ni




Next, menuju ke Bukchon Village , Seoul Subway Line 3 Anguk Station Exit 2, mission hanyalah untuk mencari Sanggojae, rumah aka filming location drama Personal Taste. Dulu hanok stay kt sini, x dan berjalan sebab sampai je guesthouse dah malam. Kali ni mmg nak carik gak. Survey location kt internet, macam tak konpiden, maka nak senang kami tanye terus Tourist Information Bukchon Village.

Dari exit 2 tu, jalan terus dan terus sampai jumpe information centre. Masuk je dalam, terus kami tanye Sanggojae nye area. Dari tourist center tu, terus sampai nampak Farmasi (( seberang jalan).
Pastu belok kiri kt farmasi tu, dan start mendaki sampai nampak 2 simpang, then amik kanan. Jalan terus mendaki, masok lorong kedua, mendaki sampai ujung, nanti nampaklah rumah no 43. Memang blah hujung dan kene mandaki. Kaki, sila bertabah.hik3. Teruja sungguh bile sampai rumah Lee Minho ni ha.luls.

Farmasi

Masuk lorong lepas kedai souvenir ni, farmasi depan die je
Dapat amik gambar jela. Rumah ni tak boleh masuk sebab private property. Maka silalah jaga adab, jangan ko menjerit lak kt situ. Mau kene halau.hahaha. Dah selesai amik gambar, kami pusing la kejap area bukchon village ni, amik gambar mane patot, pastu blah ke next destination.

Boleh tahan mendaki la kan kalau area bukchon village ni

Lawa rumah ni

Daki lagi, tabahlah kaki.haha

Hillside area at 31 Gahoe-dong



Gahoe-dong Alley (Harmony) downhill looking up


Gahoe-dong Alley uphill looking down


Finally, Sanggojae!


Checked!

Tunggu oppa takdak.hahaha
Next place, kami menuju ke Chandeokgung Palace & Changgyeonggung Palace. Tak jauh pun dari Bukchon, dan dekat dengan GH.kkkk. Maka mmg takkan sesat la kan.haha. Target nak pergi Changgyeonggung Palace je, sebab belum penah masok. Tp nak ke palace ni, memang kene masok Changdeokgung dulu, sebab changyeonggung ni belakang changdeokgung. Memandangkan kami bole gune Discover Seoul Pass, maka entrance free free.Kah3.

Oh ye, masa kami nak beli tiket ade sorang budak approach, tangkap gambar dengan dia n dia boleh jadi free tour guide. Kami terpaksa tolak sebab kekangan masa n nak pegi ke changyeonggung terus. So kalau sesape yang 1st time, boleh la kot try free guide ni ^^

Kesahnya dengan Chandeokgung palace ni, salah satu filming location utk drama Moonlight Drawn By Clouds gak. hahahaha.Dimana2 saje la kau seja jeoha. Mengundang betei. Maka ada saje lah idea nye kan.hahahaha. Selesai parody, kami terus menuju ke belakang , sebab nk terus masuk changgyeonggung palace.

Kecik je palace ni, kalau nak banding dengan Gyeongbokgung & Chandeokgung. Palace ni King Sejong buat utk ayah die, King Taejong. Nak tau lebih lanjut, kt sini http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264350

Tak ramai sangat dalam palace ni, so senang amik gambar n jalan2. Tak pusing semua pun, sekadar yang mampu ja.kkkk. Pastu hujan rintik2, jam pon dah tengahari kol 1 camtu. Kami pon chow balik GH untuk solat n lunch.

Kaja! Changdeok again.kkkk







Kaja! 100 meter!

Changgyeonggung Palace Ticket













Mampu zoom je, malas nak menapak sampai hujung.haha




Dah berehat kejap, kami keluar ke destinasi paling penting, iaitu Nandaemun & Myeongdong. Hahaha, penting woo sebab nak shopping la kan. Nandaemun tempat best untuk beli souvenir. Murah and yang penting boleh mintak diskaun..ingat perkataan ni, ' kaka juseyo". Betul weh, aku gune, mmg dapat diskaun , banyak x banyak, 5000- 6000 won gakla.Kah3.

Dua tempat ni pun heaven dengan korean food street. Aim aku hanyalah Hotteok dan Gyeran Bbang. 2 bende ni je aku teringin, yang lain teringin gak, tapi nak makan sume, pengsan la nak membayor.lol

Kosmetik. Ko sebut je ape brand, sume bende ade. Larat tak larat je nak pusing. Hahaha, stamina kena kuat. Kuar masok kedai aku. Settle sume kiriman, usha beg pulak. Rambang mata wooo. Oh ye, kalau nak beli cd/dvd kpop la drama ka, aku suke beli kt underground shop subway Myeongdong. Sume bende ade, sempat gakla aku grab Bogummy Calendar. wakaka.

Settle perabih duit, tak larat nak hangkot barang bebanyak g next destination, kami balik guesthouse dulu.

Hotteok bakar, kering  punye. Sedap gak; 1000 won

Hotteok yang diidam.kkkk , 1000 won

Gyeran bbang ( roti telur dalam bahasa melayu)
2000 won, sedap woo makan pepanas, cuaca lak sejukk

Shopping starto!

Menyempattt.hahaha 
Dia panggil dahhh, mai kedai die.hahaha
Opps!






Sis tewas.hahahahahahaha
Dah settle, jom balik! Nampak cikit ja, padahal dalam beg merah mau berkilo2 dalam tu.haha

Kak Yat pon dh settle shopping
Dinner! Kengkonon, malam last di Seoul nak la makan best cikit. Dari awal dh bajet nak makan cod fish stew kat Hongdae. Punyelah pegi mencarik..sampai sesat weh. Tanye orang sane sini, dari ahjussi yang volunteer nak tolong, sampai la ke budak keje GS25. Hahaha, sampai2 kedai tu, TUTUP pulak. Damn! Memang takde rezeki weh, aku rasa mau sejam gak pusing2 area Hongdae tu. Sis keciwa. Dahla lapar weh.Alahai.

Sampai ke FNC Academy ktrg pusing Hongdae tu, ni kak yat sempat snap. Aku? Dah menonong jalan dengan ahjussi, laju woo die jalan.
Rezeki dinner last kt Seoul kali ni, shrimp burget Lotteria sahaja.huhu

Maka, ada la alasan untuk kembali ke Korea lgi.Hakhakhak. Ok itu saje yang nak share untuk #JufaYattBalikKorea untuk 2016.

Mewah rezeki, panjang umur, Insyaallah, kita jumpe lagi Seoul ^_^

Bye!