Tuesday, December 6, 2016

2016 JufaYattBalikKorea - Day 4



Day 4 26/11/2016 

Kejap ja dah hari ke-4. Since hari ketiga jalan jauh, maka hari ke-empat lepak keluar lambat cikit.
Check forecast, katenya hujan. Tu yang lagi malas nak keluar kan. Kalau tak hujan pun gigil, ni hujan ntah ape la tahap kesejukan kan.

Siap breakfast sume, pukul 11 pagi baru gerak. Turun tangga, unnie beewon tegur. Die cakap, hey snowing outside. Aku macam blur 1 saat, pastu baru reply ehhh? really? hahahaha. Terus naik atas gtau kak yat, weh snow!

1st snow in Seoul weh! Alhamdulillah, syukur gila. Kirenya sejuk2 3 hari sampai Seoul ni, bersebab. Sebab nak bagi aku tengok 1st snow in Seoul. Memula tak lebat, tengah2 jalan lebat daaa. Walau sejuk, video kena amik. Batak tak batak, bukan senang.hahahahaha

Meh ku belanja video 1st snow in Seoul. Walau aku meraikan salji pertama di Seoul bukan dengan oppa, tapi dengan Kak Yat.wakaka

video


video


Ok, cukup la cerita salji. Hari ke-4 ni memang tema nye leisure. Patotnya ingat nak shopping, tapi dah bersalji lebat gini, kami prefer pergi indoor place. Ingat tak kami dapat Discover Seoul Pass dari Insadong oppa hari 1st tu. Ok ni nak cite.

Discover Seoul Pass tu, dalamnya ade 39,000 won. Hanya ada beberapa tempat yang boleh guna pass ni secara percuma ( tak lebih dari 39,000 won). Contoh tempat yang boleh guna pass ni adalah 5 palace in Seoul, MBC World, Alive Museum. Bila dah active kan pass tu, kena utilize within 24 hours.

MBC World, google tempatnya nampak menarik. Lagipun indoor. Entrance Fee 18,000 won. Kalau kena bayar, sememangnya kami tak jejak. Dah alang2 ade pass ni, dan indoor, kami menuju ke sini. 



Seoul subway Line 6 Digital Media City Station, Exit 9.

Keluar dari exit, jalan terus sampai kena cross jalan besar, then teruskan jalan sampai nampak bangunan MBC. Ok, tengah jalan dalam salji lebat nak menuju ke sane, nampak pula ade ramai orang berkumpul. Dalam hati aku kate, ni mesti ade idol ni. Jalan dekat, memang sah. Stool, tangga , camera serombong besar sume ade.kkkkk. 

Aku tengok lagi dekat, muke macam kenal..macam tak. Aku rasa Twice, tapi aku macam tak konpiden. Kak Yat muncul, aku terus cakap, tu sape? Ha kompem, memang Twice. Gelak je aku tengok masternim2 ni gigih dalam salji. Twice member pun same, gigih weh. Kak Yat pon dan2 jadi fansite noona same.hahahahaha. Carik spot nak gak join crowd.lol

Aku? Tengok la kejap, pastu malas dah. Aku tunggu tepi bawah khemah ja. Dekat setengah jam gakla menunggu si kak yat fansite noona tu merakam video.lol

Ha nah layan sekeping dua gambar dari Twice fansite noona kak yat .kkkk




Dah melayan Twice, kami terus ke area MBC. Ramai lagi orang, then baru teringat hari sabtu ada Music Core. Penuh weh, fan2 idol2 yang comeback. Aku pun tak sure la fans mane, sebab memang tak tau sape comeback sekarang. Yang pasti memang berduyun manusia kt sini, dah macam concert.lol

Dah ramai2, aku pon blur tak tau mne satu MBC World, tanya security oppa , die gtau pintu mana nak masok. Memang la kena harung orang2 yang beratur tu ha ( sesejuk tu sanggup beratur weh, kejung aku rase).


Dah dapat tiket, kami teruskan masuk MBC World. Ada 3 bahagian, so kena pergi satu2 section. 1st section, section drama. Dalam 15 minit settle pusing dan amik gambar. Ada la standee Kang Chul, Lee Minho dalam Personal Taste, Radio Star, We Got Married sume. Basically boleh la amik gambar ngan standee2 kt sini.




Section kedua, kena ke bangunan sebelah pulak. Yang tu boleh settle dalam 20- 30 minit. Basically boleh buat video, magazine dengan Big Bang, We Got Married etc. Masa ni ramai gila dalam bangunan, sebab ape? Dorang tengah beratur lagi nak masuk music core live.hahaha

Section ni boleh pilih nak buat cover magazine la, ape la. Pastu save dalam USB. USB tu kena beli.lol. Tapi kami tak beli pun, tak koser la.hahaha. Nak main game2 ni, touch je entrance card yang ada scan code tu.


ha ni magazine aku  & top vs kak yat & daesung

ha ni game we got married..lawak gile rase.hahahaha


oppa! nak amik gambar ngan standee je pon, kne tolak ngan fan2 yg tengah beratur haa.
Ok, last section kena ke bangunan entrance tadi. Yang ni agak besar dan macam2 cikit. First, boleh tengok hologram concert Big Bang. Boleh tahan best, layan gakla 3-4 lagu.kkkkk. Lebih kurang 20 minit gak.Ni takleh nak rakam la, ala2 concert.kahkahkah


Next ada tempat radio la, bace berita sume. Kami berminat dengan 3D roller coster. Layankan aje.kkkk. Ni kejap je, dalam 5- 10 minit.

khusyuk nau ha
Ada la benda lain lagi nak explore, tapi kami malas.hahaha, so terus pergi ke section last, MBC Saeguk drama. Ha yang ni memang wajib pegi. Banyak standee oppa2 kesayangan.lol . Siap boleh duduk atas singgahsana lagi.hahaha. Tak caye? tengok video bawah ni.


video













Dah balik!haha

Settle 3 section, kami pon chow. Masa keluar, lengang dah. Takde dah fans yang beratur reramai tadi. Semua dah masuk studio. Music Core pun dh start, ade live screen besar kat luar. 

Kat luar bangunan ni gak ada star park, ade la tapak tangan artis2 korea ni. Boleh la tengok kalau jalan sini.





Tempat ni dekat dengan Mnet, SBS gak. Kami penah sampai sini 2 tahun lepas masa pre record Infinite comeback. Masa tu, MBC World ni takde lagi, die open pon 2015. Memang lain la skang, memacam ade..so sape yang suke drama, suka kpop boleh la pegi sini.kkkkk

Masa dalam train, nampak Myeongji University, ingatkan nak singgah. Tapi sebab kesuntukan masa ( tak solat lgi), maka bye bye jelah nak singgah. Balik guesthouse sebab malas nk pikir. Lagipon konon2 lepas maghrib nak chow g tempat2 dekat area situ ja.

Pukul 7, kami gerak keluar balik, tapi macam ramai sangat orang keluar. Dengan polis segala bagai. Sudahhh, rupenye ade rally lagi daa. Dah 3 minggu K-nitizen buat rally pasal presiden die tu. Kami memula nak redah je, ikot sekali jalan reramai tu. Dah sekerat jalan, rasa tak konpiden.hahahaha.Memang pada patah balik je weh. 

Tuju mane? Kami decide melepak dekat coffee house area bukchon village. kkkkk. 




So hari ke-empat #JufaYattBalikKorea memang leisure sungguh.Kah!


1 comment:

  1. Jeles ah gmbo dgn Kang Chul!

    Sapa mmg fanatik k-drama dan k-pop sesuai la ke sini ek... saya kenal kang chul dgn Lee Hong Ki je hahaha

    ReplyDelete