Saturday, January 9, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 9 :Part 14 From Takayama to Tokyo!

Konbanwa~~~



To Tokyo ikuzo! Yes, back again to Tokyo selepas hari ke 9.Muehehehe. Ini lah gunenye JR Pass, kasi gune sampai lebam.

Untuk ke Tokyo, dari JR Takayama Station, menuju ke Nagoya Station ( menaiki JR Hida Limited) mengambil masa dalam dua jam 10 minit. Akan melalui view yang ohsem macam kelmarin. Tak payah tidur, rugi!kkkk

Dari Nagoya Station, kene tukar train shinkansen menuju ke Tokyo Station ( mengambil masa 2 jam). Kesimpulannya perjalanan dari Takayama ke Tokyo adalah 4.5 jam. Travel dari satu city ke satu city ni memang amik masa cikit dalam train, sebab bukannnya dekat ye.hehehe

Memamg #KembaraJufa2015 kali ni fokus nak naik shinkansen dan cuba segala macam jenis JR train sebab beli JR Pass selama 2 mgu. Maka gunakan sebaiknya.hehehe.

Segar mata tengok scenery bukit bukau berkabus.







Jom tengok video cikit :


Nagoya Station ^^

Sampai Tokyo Station dalam pukul 2 lebih, belum peak hour. Maka senang la nak mengangkot beg2 gedabak ni.Timing memang kne plan betul2 kalau kt Tokyo ni. Kalau silap timing, masak jadi sardin la gamaknye weh.hahaha

Di Tokyo, kami sewa apartment ( La Maison Du Komagome )melalui airbnb. Walaupun ade sedikit salah info psl apartment ni ( owner bertukar tangan, owner lame x update info), overall is ok. Apartment ni terletak di Komagome Station ( JR Yamanote Line) , ade 3 bilik, lengkap dengan dapur, tv, washing machine dll. Memang cun punye lokasi. Lagipon 5 tahun dulu memang stay dekat area sini, Nishigahara. Memang dh tersuke dengan kawasan sini ^^


Depan apartment kami, sangat best!
Living room
Dapur
Toilet with bidet ^^






Kawasan apartment ni memang kawasan rumah orang2 local, dekat dengan sekolah, tadika, kombini, depato, taman permainan dan lain2. Terase macam penduduk tetap sini plak.hahahaha. Takpe, berangan x kena bayar.

Settle check in, solat rehat kejap. macam biase kami berpecah. Ade yang nak carik makan, ade yang nak tgk tv dan rehat, dan aku k yat nurul, nk jalan ke Shibuya.hahaha. Penat? Iye, tapi kang kalau tak jalan, masa x cukup. List tempat byk lagi wooo x cover.kkkkk

Yamanote Line ni memang senang dan line yang utama dekat Tokyo ni. Nak ke Shibuya, Shinjuku, Harajuku sume x payah tukar line. Senang boh.lol

JR Yamanote Line

Shibuya , Yoyogi & Harajuku at night yo! Ye, kami cover 3 tempat ni malam pertama di Tokyo. Berjalan kaki je dari Shibuya ke Harajuku ke Yoyogi. Jauh x jauh, tapi lagi better dari naik train yang tengah peak hour.

Shibuya crossing adalah tempat wajib, duduk lepak dalam Starbuck Tsutaya sambil cuci mata. Mantap! Barista kat sini pun pandai speaking, maka xde masalah nak angguk2 geleng.hahaha

Macam2 gelagat manusia kita boleh lihat kat sini dan betapa sibuknya masyarakat Tokyo ni. Masing2 ade agenda masing2.  Basically kat sini banyak bende bole shopping, kalau duit nye ade.lol.
Kalau xde duit pon ade, bole pi sini, sebab orang la kate kan, kalau ke Tokyo, tapi tak ke Shibuya Crossing Road ni macam x bape lengkap. Orang la kate, bukan aku.hahaha

Oh lagi satu, hachiko statue tu pon kt sini.

Ok, picture time.

Shibuya

Shibuya Crossing


Dari dalam Starbuck Tsutaya
 

Ramai dah orang melintas.Kami wefie la ape lagi.kkkk

Bile amik gamba je, mesti macam x padat.hahahaha
Ape lagu baru best ek?Jom dengar!





Yoyogi & Harajuku

Yoyogi, ade park tapi dh gelap, maka jalan saje. Daun pun belum oren sangat, lambat sangat full autumn area Tokyo ni. Harajuku, nak pergi kedai chocolate yang Eid pesan, tapi dh tutup pula. Tak banyak kedai yang bukak sampai malam kt Harajuku ni. Rata2 tutup pukul 8. Alahai, mane nak tau kan. Dulu pegi masa siang, memang ramai sangat umat manusia. Perut lapar gile, dengan harapan jumpe kedai kebab. Alhamdulillah, jumpe! Walaupon memule rase nak give up carik kedai tu sebab gamble je jalan.hahaha.

Yoyogi Stadium at the back yo!
Takeshita Dori
Awatla hang tutup awal sgt weh.haha


Fuh!!!Terbaik ahhh.


Harajuku Station
Pusing punye pusing, kebab dah dapat, masa untuk pulang ke aparto. Kaki pon dh lesu, pukul 9 malam dh. Adoi, gile ramai orang lagi kt station ni, memang padat seh. Ape nak buat, takkan nak tdo sini kot.hahaha. Redah~~~haih la Tokyo.kkkk

Hari ke 9 pun melabuhkan tirainye.

Iklan:

kebab yang sedap gilos, 600 yen nasi dan ayam, kebab roti pita 500 yen.portion besar, alhamdulillah
Bergegas balik sebelom pukul 10 pon sebab ni jugak. samurai sensei live!kkkkk


No comments:

Post a Comment