Thursday, January 21, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 13 :Part 20 Snowy Sapporo ^^



24/11/2015
Pukul 4 pagi, masing2 dah bangun, masa untuk bersiap2 meninggalkan Le Maison Du Komagome. Hari ke 13, akan menempuh perjalanan yang agak jauh dan lama. Ke destinasi pilihan seterusnya, iaitu Sapporo!! Misi ke Sapporo ni, tak lain tak bukan, untuk snow hunting.kkkk


Sapporo tempat yang paling awal akan turun salji di Jepun. Untuk tidak melepaskan peluang keemasan ni, Sapporo Ikuzo! Kami menaiki shinkansen dan limited train by JR. Semestinya 10 jam perjalanan ni di cover oleh JR Pass. Cuma perlu diingatkan, 3 kali transit sebab tak ada direct train ke Sapporo Station dari Tokyo Station.


Ape yang perlu tahu untuk ke Sapporo dengan menaiki train ( JR) : 

1) Perjalanan mengambil masa 10 jam ( termasuk transit )
2) 3 kali transit train ( Tokyo Station to Shin Aomori, 3.5 jam) ( Shin Aomori to Hakodate, 2jam ) 
( Hakodate to Sapporo, 3 .5 jam )
3) JR Tohoku Shinkansen ( Hayabusa ) , wajib reserved seat. Pastikan ke kaunter JR Shinkansen kt Tokyo Station sebelum ke platform
4) Hayabusa Shinkansen yang kami naik ni bercamtum ( coupled ) dengan Komachi. Dua train ni akan berpisah di Morioka Station. Hayabusa ke Shin Aomori, Komachi ke Akita. Dan paling best, aku tak perasan pun bile drg split.hahaha
4) Dari Shin Aomori Station , tukar platform ke limited express dan pastikan naik JR Hakucho Limited Express ke Hakodate ( nak reserved boleh, taknak reserved pun boleh )
5) Dari Hakodate Station, selalunya JR Hakuto Limited Express ni dah ade kat platform sebelah, dekat je.
6)Periksa jadual train, untuk jimat masa dan tak tertinggal train. Jangan jalan melenggang kangkung plak, ade yang perjalanan dari 10 jam, jadi 13 jam.kkkk
7) Start March 26, 2016, JR Hokkaido akan mula beroperasi, maka jimat masa. Sebab? Akan jadi 2 kali transit, dari Tokyo ke Shin Hakodate , 4 jam dan dari Hakodate ke Sapporo , 3.5 jam ( jimat 2 jam).
8) Dari Hakodate ke Sapporo, train akan melalui Seikan Tunnel, terowong bawah laut ^^
9) Cost JR ni 24,000 yen sehala ( dengan JR pass, jadi free.kkk )

Selain dari train, transportation untuk ke Sapporo ni melalu udara ( flight) ataupon ferry. Ada juga night train, tapi kos agak mahal lagi.

Jadinya, hari ke 12 memang kami lemau dalam train, sampai tak tau nak buat ape dah.Nak tidur, rase dh cukup tidur, nak jalan, dh abeh pusing satu train.hahahaha. Kalau yang suka membaca, bawakler buku, kalau yang ade ipad, bolelah layan movie. Ngehehehe. Solat pun kene pepandai bajet masa dan carik tempat sesuai. Ok tu je tips.

Jom belanja gambar!

Jom! Bawak beg yang perlu je, lain masuk locker. 
shinkan 7.36 pagi, terlepas 6.36 sebab train full.huhuhu
Hayabusa (hijau) dan Komachi (merah), split di Morioka station. Sugoi!


laut! Train ni jalan tepi laut.

salji memutih




Rezeki kami, Sapporo mula turun salji 24hb tu dan turun sangat lebat. Walau baru sehari, memang dah memutih pemandangan. Dari dalam train dah nampak salji, teruja weh! hahahaha. Sepanjang 30 tahun umur aku, this is first time bebeh. Gile eksited!kekekekeke. Oh ye, sila bawak keperluan winter seperti baju sejuk, kasut yang sesuai dengan musim sejuk,  hot pad, glove, payung, etc. Kalau tak, beku la anda bersama salji2 ni. Suhu masa kami di sane, mencecah -7 darjah celcius.woooooo

Tapi kebal x kebal la aku, takde bwk proper kasut. Maka memang kejung cikit la.Konon nak beli  boot, tapi malas gile.hahahaha.Layan jela, but i've survived bebeh! Sila jangan tiru perangai gini.Agagagaga.

seikan tunnel explanation dalam train. nampak x rail keretapi tu? gile hebat!
me & yuki!

view dari dalam train.tak sabar weh!
tebal dh salji..berhenti kt station. view dari dlm train.

Belanja video cikit.heee


Lebih kurang jam 5.30 petang, kami tiba di Sapporo Station. Masa ni peak hour, boleh tahan ramai orang dan station ni besar weh. Terus keluar dan carik jalan menuju ke Best Western Hotel, hotel yang kami akan tinggal selama 3 hari 2 malam di sini. Jarak dari Sapporo Station ke Best Western Hotel dalam 10 minit jalan kaki. Keluar je station, perghhhhh snow shower tengah lebat. Bak kate kak yat, ni snow jahat ni. Seres rase sakit, jalan pun kene tunduk, sebab salji kene mate, sakit weh. Jalan pun kene hati2, sebab licin dan tebal. 

tilam empuk bersama yukata

best!
Lepas check in, perut memasing dah lapar. Maka kami terus keluar, untuk carik dinner. Sapporo ni terkenal dengan snow crab, ape lagi, jom hunting! Ade banyak restoren seafood kat sini, kami pilih Kani Honke Restaurant, kedai ni terletak berhampiran dengan Sapporo Station, jalan kaki lebih kurang 15 minit.

Mujur ade staff die yang boleh speak english, so senang cikit. Musim sejuk ni, selalu dorang masak gune sake, make sure pesan kt staff tu, no alcohol in our food ye,hehehe.Cost makan ketam ni, bole tahan la rege, per person dalam 6200 yen.heee, Tapi puas hati. Ketam fresh wooo.Ahhhhh, kani oishi!!

jom makan ketam!

Sapporo Town!
hai fren!
fresh! ni kt dalam restoren.
yahuuu!
starter

starter, dari ketam gak ni

sashimi
hairy crab!
kani nabe!
ketam goreng.kkk
sushi crab
ocha
fruit dessert
Dekat 2 jam gak kami menikmati makan malam ni.Heee, keluar restoren, snow shower again! Kali ni soft je snow die. Maka main snow la ape lagi. Subhanallah! Best gile!









Jam menunjukkan pukul 10 malam. Sejuk memang sejuk, tapi takkan nak duduk bilik je kan. Maka, aku, kak yat, ayu dan ema buat bende gile. hahahaha. Nak main snow malam2 buta. Bukan ape, masa kt Sapporo ni terhad, esk plan lain plak kan. Jalan punye jalan, nampak satu park! Ingatkan park, rupa2nya Hokkaido University.hahahahaha. Takde orang pun, ade la 2-3 orang lalu. Tapi kami kan gaijin, ape lagi..do you wanna build a snowman la ape lagi.kkkk. Agak2 kaki dh kejung, kami pun pulang hotel.heeee

1st day in Sapporo totally made my day! Yay!!



depan hotel





putih putih...sejukkkk

jom masuk hokkaido Uni!hahahaha
aksi terlampau.hahahaha



snowman in the making yo!
olaf jufa version!
pose wajib kate ayu.hahaha


2 comments:

  1. Salam..
    Gigih korang berguling atas snow tu :)
    Naik jugak hayabusa ni hari tu tapi tak sedar pun time dia bercantum tuh..sampai2 je dah berpisah dah tak sempat nak ambil gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, harus gigih. Peluang sekali sekala.haha. Die bercamtum sesiap kt Tokyo Station sebelum jalan tu. Nampak eyh time die split tu? Ktrg langsung x sedar.haha

      Delete