Monday, January 11, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 10 :Part 15 Fuji-san, kakkoi da!!!



Fuji-san ikuzo!!

21/11/2015
Gile x sabar nk ke Mt Fuji wey! Mane taknye, kali ke-3 pi Jepun, ni bru nak jejak situ.hahahaha
Pepagi lepas subuh, kasi masak bekal dulu.kkkk

Nak ke Mt Fuji ni, banyak caranye. Nak naik bas bole, naik train bole, naik kereta pon boleh. Kami macam biasa, ade JR pass, maka naik train la.

Dari Komagome Station Yamanote Line, kene ke Shinjuku Station. Dari Shinjuku Station, tukar Chuo Line amik limited express menuju ke Otsuki Station. Tapi ade satu rapid train , weekend ade direct terus ke Kawaguchiko Station ( station paling dekat nak ke Mt Fuji).

Rezeki kami, tepat sampai kt Shinjuku Station , rapid train  terus ke Kawaguchiko dah menanti. Ape lagi, kasi terus naik dan carik seat. Hujung minggu, train penuh cikit. Bole refer sini untuk jadual train : http://www.jnto.go.jp/eng/pdf/transportation/Shinjuku_Kawaguchiko_schedule.pdf

JR Pass hanya cover dari Tokyo ke Otsuki, maka lepas Otsuki kena bayar tambang. Walaupon x keluar dari train, jangan risau , nanti akan ade conductor train check tiket dan bole bayar direct ke die. Tambang dari Otsuki ke Kawaguchiko 1440 yen.

Perjalanan nak menuju ke Kawaguchiko station ni, amik masa 2 jam gak. Perlu diingat, Mount Fuji terletak si Shizuoka, maka jauh la dari Tokyo ye.hehehe. Tapi boleh je pegi balik hari, macam kami ^^.

Lepas Otsuki station ni, aura fuji-san dh mule terase. Huwaa, debor2 weh macam nk jumpe kareshi.hahaha. Dalam train nampak kelibat fuji-san dari jauh.Pergh..kakkoi seh!!

Tak caye? Tgk sendiri!

sugoi!! Ni snap dari dalam train je.
Megah berdiri seh Fuji-san. Cuaca pulak memang cerah dan terang, memang rezeki tengok Mt Fuji clear. Alhamdulillah.

video

Sampai Kawaguchiko Station, Mt Fuji belakang kami je. Tersergam indah, Subhanallah, cantik ciptaan Allah ^^. Ape2 pergi ke tourist information dulu, sebab xde google pape pun, hanya tau Kawaguchi Lake, tp xtau nak ke sane.haha

Dah dapat information dari tourist centre kt station ni, kami naik bas nak ke Kawaguchiko Lake sebab malas nak jalan, lagipon jimat masa, tapi kne kuar duit la.kkk. Tambang bas 400 yen sehala, or beli day pass 1200 yen.

Kawaguchi Lake ni salah satu dari 5 tasik yang ada di Mt Fuji ni ( Fujigoko) dan paling mudah nak pergi naik public transport. Menurut orang tourist centre tu, tangkap gambar berlatar belakangkan mt fuji kt sini, memang cantik.

Fuji five Lakes ( fujigoko) : http://www.japan-guide.com/e/e6900.html

Cuaca dingin, tapi terik sikit, matahari terpacak. Sesuai untuk jalan2 cuci mata. Tenang rasenye, lapang dada. Kami kt sini dalam sejam dua. Selain dari kawaguki lake ni, ade 3-4 tempat yang bole dilawati kat sini, bole naik rope way, bole naik boat, byk aktiviti sebab memang kawasan pelancongan.

kawai train
Fujikyu Train



Bermacam jenis keretapi yang comel bole di Fujikyu Line ni. Bole gak kalau nak naik, tp train special ni kene reserve dan ade masa tertentu sahaja. Tambang pun agak mahal sedikit.^^

Welcome to Mt Fuji!
Have a nice day ^^
Train ni tak bergerak, hiasan semata2.kkk
kita!! kami berpecah, lagi 5 orang gerak awal cikit, maka depa sampai dulu.kkk

ade banyak bus stop, pastikan naik bas yang betul ye


Ok, jom tengok ape ade kt Kawaguchiko Lake ni:









rope way dari jauh, cadang nak naik, tp last minit malas.haha, jimat duit.lol
















Settle Kawaguchiko Lake, kami patah balik ke Station, cadangnya nak balik, tapi kami ubah fikiran untuk naik ke 5th Station Mt Fuji. Nak ke sini kena naik bas lain, return tiket 2100 Y. Perjalanan amik masa sejam untuk naik ke 5th station ni. Jalan die ala2 nak naik ke cameron.Tinggi wooo.

Tapi memang x rugi naik sampai ke 5th station ni.Superb view, ohsem!! Sejuk ya ampun, gigil weh. Tapi puas hati gile. Siap lepak makan bekalan lagi. Epik tak epik la bukak tupperware atas 5th station mount fuji ni.keh3.


rase dekat sangat ngan fuji-san

ni baru top of the world.kkk








tu dia bekalan memasing.kkk, oh ye, jumpe 2 org kenalan baru ^^

Bas turun ke train station ni ade masa gak, untuk tidak terlepas bas, kene make sure check masa bebetul. Kami pun hampir terlepas bas, kasi lari pecut gakla.hahahaha. Fuh, sempat!hahaha.

Tp dalam nak cepat, harus lah 360 juge kan.kkkk

video

Selamat turun dari 5th station, harus carik tempat solat. Pepandai la kan, sebab xde tempat khas.hehe. Asalkan solat jangan dilupe ^^. Hari dh gelap, maka beransur pulang ke Komagome terchenta.keh3.

Fuji-san, I will come again , insyaallah kalau ade rezeki.^^


train penuh, kene la diri.hahaha
dpt naik train ni.yay!



2 comments:

  1. Waaahhh... ini kalau ada sakura mesti lagi cantik! nganga tak tutup mulut nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kompem lagi menawan pemandangan.cuaca pon dingin, so best jenjalan ^^

      Delete