Thursday, January 28, 2016

Japan Yokoso 2015 Day 17 :Part 24 Asakusa & Jya mata nee Nihon!


Last part! Last day in Japan!Sob sob sob.Rase kejap gile dan takmo balik.Huwaaa. Tapi apakan daya, kene gak balik Malaysia untuk bekerja dan kumpul duit balik untuk kembali 'balik kampung'.hahaha. Moga ade rezeki ^^

28/11/2015
Last day di Tokyo, kami memilih hostel paling best di Asakusa iaitu Khaosan Tokyo Laboratory. Sangat2 rekemen kt sini, sebab lokasi dan selesa. Pusing Asakusa memang jalan kaki je, sampai lah ke Sky Tree.

Jadinya, last day ni kami shopping dan jalan2 area Asakusa sahaje lepas check out dan sebelum ke Haneda Airport.


memasing simpan luggage, nk jenjalan jap
Tempat lepak

Ok, tempat pertama kami tuju, semestinya Sky Tree. Dari hostel, jalan kaki sahaja, dalam 20 minit. Memang dah nampak sky tree ni dari hostel. Kalau x sure jalan, bole tanye kt receptionist. Sangat membantu ^^ . Sepanjang jalan nak ke Sky Tree ni, kami menyusuri tempat2 wajib kalau ke Asakusa seperti Sensoji, Tokyo Water Bus Asakusa Deck, dan bangunan pelik Asahi. Jadi gambar pun banyakler kan.Cecikit berhenti amik gambar.hahaha  

Kami tak naik pun observation deck, sekadar pusing kt situ dan masuk kedai beli souvenir cikit. Best2 gak, sebab banyak dari drama dan anime2. Memang bole habis duit la.haha

Sky Tree


Fresh!Ohaiyo gozaimasu, Alin dh chow, die g Tokyo Station dulu.kkkk
Asakusa!






Tokyo Water Bus
fuh, jauh gak jalan, dh seberang sungai ni.kkkk.tp x terase sgt sebab best!

Selfie lagi.kkk
ade saje yang offer nk tangkapkan gambar.hahaha.


sky tree reflection!

jalan menuju ke sky tree, x rase jauh sebab jalan celah2 bangunan
cikit lgi nk sampai
xtau ni jenis train ape dan nk ke mane.kkk
depan rumah orang ade pokok limau pun jadi port bergambar.kkk
Ok, akhirnya tiba!


Antara kedai2 di sky tree building

hey kakkoi sama!

sky tree-checked!
eh ade Pi-chan gak kt sini.hahaha
emong kawan Ipah melambak2.

kak yat kayo yang x abeh2 beli eskem matcha
3 budak sume bende nak amik gambar.hahaha
sambil tunggu nak melintas pun ajdi.kkkk
posing wajib untuk k.yat
jya nee, next time baru aku naik ko.haha
Ok, next destinasi adalah soping di Sensoji & Asakusa Nakamise Shopping Street. Kalau nak beli souvenir mcm fridge magnet, tshirt, etc, kat sini murah2 gak ( ni mmg tempat soping aku.kkk). Macam2 bende ade. Kedai2 tu ade sepanjang2 jalan menuju ke Sensoji temple.




ha sepanjang2 kedai, seramai2 umat manusia





pagoda, bertahan betul aku pakai coat ni sepanjang kat sane.hahaha


Ok, settle beli ape patot perut lapar weh. Tempat dituju adalah kedai ramen halal, Naritaya Asakusa! Lokasi pon dekat je dengan sensoji ni. Tapi ku x ingat jalan, sebab Mid yg guide, die dh sampai semalam.kui3. Kene masuk lorong2 kedai je. Klu xtau, leh tanye drg lokasi nya . Facebook link: https://www.facebook.com/NaritayaFellowsM/?fref=ts

Pergi masa lunch hour, memang ramai weh. Kene beratur gakla dalam setengah jam. Demimu ramen, ku sanggup. Lagipun sambil tunggu, bole solat dulu sebab ade prayer space ^^.


muke gembira orang2 kebuluran.haha
halal karage
ramen! ni jenis yang kuah asing.heee
student jepun ni buat survey pasal muslim & halal food
Alhamdulillah kenyang makan, kami beredar ke hostel untuk amik luggage dan bergerak ke Haneda. huhuhu. 

kedai kebab, jumpe plak odw nak balik hostel, kasi beli la untuk tapau .kkkk

Dengan kaki longlai, hati sedih, rombongan #KembaraJufa2015 menuju ke Haneda Airport. Dari Asakusa, mengambil masa 30 minit sahaja, tambang 610 yen.

Sampai airport dalam pukul 6 mcm tu, maka kami pusing ronda2. Check kaunter pun belum bukak lagi. Flight balik pukul 11.45 malam waktu tempatan. Tips di airport, sila shopping dan habiskan duit yen anda.hahahaha.



bole main simulasi plak.kkk

pilot Jufa.hahaha
Haneda Airport
Jya nee Nihon!
Kesimpulan untuk #KembaraJufa2015 ni, sangat2 berjaya dan best! Walaupun ade tempat yang tak tercapai untuk pergi sebab kekangan masa, misi berjaya. Ok geng, next trip is? Jeng jeng jeng!

Jya nee~~~till we meet again ^^

Japan saiko! Japan subarashi! Japan omoishiroi!

Akhir kata:

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.